Pendekatan Saya Berkawan Tapi Dilihat Sebagai Sokong Bersatu – Shahidan Kassim

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan dalam konteks negeri Perlis, beliau lebih menitik beratkan pendekatan berkawan, namun disalah ertikan sebagai orang yang menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Saya bagi pandangan dan ini keputusan Perlis untuk menang pilihan raya. Tapi kalau pilih bermusuh, Perlis sukar untuk menang pilihan raya.

“Saya mesti bekerjasama dengan PAS, oleh kerana PAS dalam Perikatan Nasional (PN) maka saya kata buka pintu rundingan dengan PN (Bersatu).

“Kalau UMNO bersatu semua parti politik Bumiputera, kita akan menang dengan cemerlang. Contoh Parlimen Arau, kalau bertanding seorang (BN) akan hadapi masalah.

“Tapi bersama, saya akan menang 38,000 majoriti undi. Kita mesti bercakap berdasarkan hala tuju untuk mencapai kemenangan, bukan emosi dan juga retorik sebagainya.

“Saya dilihat sebagai orang yang sokong Bersatu, saya sebut sokong kerajaan PN, ini keputusan MT UMNO. Pendekatan saya cari helah berkawan, elak punca bergaduh. Saya ada helah saya, helah saya untuk menang.” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Shahidan berkata Majlis Tertinggi (MT) UMNO menyokongnya berkawan dengan Bersatu sehingga pilihan raya diumumkan.

“Kita akan terus bekerjasama semua parti dalam kerajaan PN. Apapun keputusan UMNO itu untuk pilihan raya. Sekarang kita masih berkawan.

“UMNO sendiri mahu kita menyokong kerajaan PN sehingga pilihan raya (diumumkan),” ujarnya, dalam sidang media tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat