AS berjaya perangi ribuan peranti penggodam China

- Advertisement -

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) melancarkan operasi memerangi rangkaian penggodaman China yang berjaya menjejaskan ribuan peranti disambungkan ke internet.

Jabatan Kehakiman AS serta Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) meminta dan menerima kebenaran undang-undang untuk melumpuhkan aspek kempen penggodaman China dari jauh.

Pentadbiran Presiden AS, Joe Biden, memberikan tumpuan kepada penggodaman, kerana bimbang terdapat cubaan mengganggu pilihan raya AS pada bulan November depan, selain tebusan perisian menyebabkan berlakunya huru-hara.

Kumpulan penggodaman, Volt Typhoon, membimbangkan pihak berkuasa yang mengatakan ia adalah sebahagian daripada usaha lebih besar untuk menjejaskan infrastruktur kritikal Barat, termasuk pelabuhan tentera laut, penyedia perkhidmatan internet dan utiliti.

Walaupun kempen Volt Typhoon mula didedahkan pada Mei 2023, penggodam meluaskan skop operasi lewat tahun lalu dan menukar taktik mereka.

Kesan penggodaman yang meluas membawa kepada satu siri pertemuan antara Rumah Putih dan sektor teknologi swasta, termasuk beberapa syarikat telekomunikasi dan pengkomputeran awan, di mana kerajaan AS meminta bantuan menjejaki aktiviti itu.

Pelanggaran itu membolehkan China mengganggu kemudahan penting di rantau Indo-Pasifik dari jauh, yang memberi sokongan atau perkhidmatan kepada operasi ketenteraan AS.

Sumber berkata, pegawai AS bimbang penggoda,m berusaha menjejaskan kesediaan negara itu sekiranya berlaku pencerobohan China ke atas Taiwan.

China menuntut Taiwan yang ditadbir secara demokratik sebagai sebahagian wilayahnya dan meningkatkan kegiatan ketenteraan sejak beberapa tahun kebelakangan susulan dakwaan Beijing bahawa wujud ‘konspirasi antara Taiwan dan AS’.

Jabatan Kehakiman AS dan FBI enggan mengulas lanjut mengenai isu penggodaman itu manakala Kedutaan China di Washington tidak membalas permintaan untuk komen.

Apabila negara Barat mula mengeluarkan amaran mengenai Volt Typhoon pada Mei, jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning, berkata dakwaan penggodaman itu adalah ‘kempen maklumat palsu secara bersama’.

Beliau turut mendakwa ia didalangi negara ‘Five Eyes’ ataua Lima Mata merangkumi AS, Kanada, New Zealand, Australia dan United Kingdom (UK).

Volt Typhoon berfungsi dengan mengambil alih sebahagian besar kawalan terhadap peranti digital yang terdedah di seluruh dunia seperti router, modem dan kamera keselamatan dihubungkan kepada internet.

Semua akses itu digunakan bagi berselindung selepas melamcarkan serangan penggodaman terhadap ssaran sensitif di serata dunia. – REUTERS

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat