Anwar ingatkan pembangkang hujah guna sumber sahih bukan sekadar TikTok dan WhatsApp

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pemimpin pembangkang yang berhujah dengan menggunakan sumber daripada media sosial seperti TikTok dan WhatsApp, tanpa mengkaji kesahihan fakta.

Pemimpin pembangkang diingatkan oleh beliau untuk tidak melontarkan pandangan secara semberono dan sewajarnya meneliti fakta terlebih dahulu

“Seperti mana saya dengan ucapan Pasir Puteh sebelum ini (yang mengatakan) bahawa Menteri Kewangan tidak ikut tatakelola dalam pengagihan kontrak kepada D’saji dan kepada Bukit Gantang.

“Tidak benar sama sekali. Saya yang sign, saya tahu. (Apabila ditanya) dengar daripada mana, (dia kata) dengar daripada TikTok (dan) Whatsapp, ini belajar mana ini? Tidak merujuk fakta,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Perdana Menteri berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan daripada Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) yang meminta beliau menyatakan apakah mekanisme pelaporan awam dan audit yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan ketelusan dan menghalang ketirisan dalam pengagihan subsidi bersasar RON 95 dan pelaksanaan cukai dividen.

Mengulas lanjut, Anwar turut menyifatkan tindakan pemimpin pembangkang yang kerap kali membuat tuduhan melulu kepada kerajaan.

“Apabila bercakap atas nama Islam, rujuk Quran (tetapi) apabila hentam, tidak peduli. Ini yang saya bangkitkan.

“Jadi, soal tatakelola kita tidak ada tolak ansur. Tatakelola dalam soal pengagihan ini untuk 85 peratus itu kita tetap pertahankan. Jadi jangan pusing, jangan putar, jangan buat tuduhan melulu di Dewan ini,” tegas Perdana Menteri lagi.

Beliau turut menggesa pemimpin-pemimpin pembangkang memberi cadangan yang baik kepada kerajaan dalam usaha membantu rakyat terutama golongan miskin.

“Jadi saya harap, kalau ada cadangan, bagi cadangan lain tetapi jangan bagi cadangan bahawa kita tidak boleh cukai orang kaya.

“Ini saya rasa satu perkara yang sangat aneh dan bertentangan dengan prinsip yang kita hendak tegakkan pengagihan kekayaan secara adil,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat