Memoir Tommy Thomas: Dedah Segera, Bimbang Wujud Campur Tangan Dalam Kes Najib – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Laporan hasil siasatan ke atas buku memoir Tan Sri Tommy Thomas oleh Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan kerajaan wajar didedahkan kepada umum.

Jangan dipendamkan terlalu lama kerana dibimbangi kontroversi `di manakah kertas siasatan kes Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali’ boleh berulang,” kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Presiden Umno itu, laporan berkenaan mustahak didedahkan kepada umum kerana rakyat Malaysia perlu mengetahui perihal sebenar membabitkan bekas Peguam Negara `lantikan politik’ tersebut.

“Laporan oleh Pasukan Petugas Khas itu juga penting kerana ia berpotensi mendedahkan tentang isu pendakwaan terpilih yang berlaku semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Juga mendedahkan tentang kemungkinan berlaku campur tangan urusan kehakiman oleh seorang bekas Perdana Menteri untuk kepentingan politiknya,” dakwa Zahid.

Ujar beliau, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Ogos tahun lalu malah meminta supaya kerajaan segera menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pendedahan buku Tommy.

Kata Zahid, RCI itu amat penting kepada negara kerana ia mengundang tanda tanya mengenai campur tangan politik dalam institusi Peguam Negara, Kehakiman dan Keselamatan.

“Bagaimanapun kita berharap dakwaan bahawa Peguam Negara kerajaan sekarang mengesyorkan laporan akhir siasatan itu tidak didedahkan kepada umum sekadar desas-desus.

“Kita juga berharap Kabinet akan dibentangkan hasil siasatan tersebut dalam tempoh terdekat tidak berada dalam sebarang kedudukan untuk menutup fakta tertentu.

“Kebimbangan ini timbul kerana kita memahami sebahagian anggota Kabinet kerajaan campuran sedia ada adalah bekas anggota Kabinet kerajaan PH.

“Anggota Kabinet terbabit pernah 22 bulan bekerjasama dan `bermuafakat’ bersama Tommy, maka dikhuatiri mungkin ada perkara yang bagi mereka wajib diselindungi,” dakwa Zahid lagi.

Buku bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” yang ditulis bekas peguam negara Tommy Thomas itu diterbitkan tahun lalu.

Bagaimanapun, beberapa pihak tampil mengkritik penulisan buku terbabit yang didakwa mengandungi unsur hasutan, penghinaan dan fitnah.

Susulan itu, kerajaan menubuhkan satu pasukan petugas khas siasatan bagi membuat kajian awal kandungan buku tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat