Bodoh sangat Najib boleh ditipu budak Cina Pulau Pinang- A. Kadir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Insan sehebat Datuk Seri Najib Razak dengan mudahnya ditipu Jho Low yang hanya seorang budak Cina dari Pulau Pinang,” bidas Wartawan Veteran, Datuk A. Kadir Jasin.

Menurut beliau, kalau betul lah cerita para peguambela tersohor itu yang Najib kena tipu oleh Jho Low, nampaknya bukan saja Jho Low ini penipu luar biasa malah dia juga ada kuasa sihir, pukau dan mandram sampai Najib sanggup langgar undang-undang, buat remeh titah Majlis Raja-raja dan tipu rakyat jelata berbilion-bilion ringgit.

“Setiap kali para peguambela, laskar siber dan penyokong Najib mendakwa dia ditipu oleh Jho Low, reaksi saya dari dulu sampai sekarang adalah bodohnya bekas Perdana Menteri Malaysia ini.

“Macam mana seorang Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Presiden Umno, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Orang Besar Berempat Pahang, anak Almarhum Tun Abdul Razak Hussein, cucu seorang usahawan tersohor, bekas Pengerusi Majuternak, Pengurus Hal Ehwal Korporat Pertonas dan pemegang ijazah ekonomi perindustrian daripada Universiti Nottingham boleh ditipu oleh seorang “budak” Cina dari Pulau Pinang?

“Meminjam istilah yang dia sendiri gunakan terhadap blogger Umno pada tahun 2014, bangang sangatkah Najib sehingga boleh ditipu oleh kaki putar-belit (wheeler-dealer) Low Taek Jho ini? soal A. Kadir.

Jelas beliau, ketika skim penipuan 1MDB itu bermula sekitar tahun 2009, Najib sudah jadi Perdana Menteri.

“Sebelum itu dia jadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Jho Low ni pula seorang “nobody” di Malaysia.

“Pada tahun 2009, Jho Low ini baru berumur dalam 28 tahun. Najib sudah berumur 56 tahun. Bangang sangatlah seorang Perdana Menteri yang berumur 56 tahun ditipu oleh seorang peniaga atas angin berumur 28 tahun,” katanya.

A. Kadir menceritakan beliau kenal Najib secara peribadi sejak 1977 ketika menemubualnya untuk surat khabar waktu itu, Business Times.

“Tapi pada tahun 2015, saya putuskan yang dia bukan lagi Perdana Menteri dan Presiden Umno yang boleh saya sokong. Saya pun tarik diri daripada Umno secara rasmi.

“Adalah amat tidak masuk akal seorang Perdana Menteri yang mula jadi ahli Parlimen pada umur 22 tahun dengan macam-macam pengalaman kerja boleh dengan mudah ditipu oleh seorang anak tauke Cina dari Pulau Pinang.

“Orang lain kena tipu hilang duit. Macam berlaku kepada mangsa “scam”. Tapi Najib kena tipu dapat duit berbilion-bilion ringgit. Pelik punya jenis tipu.

“Betullah macam kata hakim Mahkamah Rayuan, Abdul Karim Abdul Jalil, cerita derma Arab ini macam cerita Seribu Satu Malam.

” Kadang-kadang terfikir juga. Jho Low ni lari atau disuruh lari? Manalah tahu, kalau dia tak lari dia akan menyanyi macam burung kenari sebagai saksi. Tengoklah apa yang terjadi dengan pembantu khas, Datin Seri Rosmah Mansor, Rizal Mansor. Dia berceloteh macam burung kakak tua dalam perbicaraan bekas memnya,” dakwanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat