PRU-15: Kerusi “Pengkhianat” PKR Jadi Pilihan Anwar

- Advertisement -

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan untuk bertanding di kerusi Parlimen yang disandang “pengkhianat” sebelum ini.

Ketua Pembangkang itu bagaimanapun tidak memberitahu kawasan yang menjadi pilihannya untuk bertanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Secara jujur saya belum ada pilihan lagi untuk ditandingi tapi dalam pertimbangan adalah kerusi pengkhianat.

“Jika parti kata bertanding di Gombak (Parlimen) saya bertanding di situ,” kata Presiden PKR itu semasa menghadiri sesi soal jawab pada program Sembang Kencang KLS @ Anwar Ibrahim anjuran Kelab Wartawan Kuala Lumpur & Selangor (KLS), di sini, malam tadi.

Ketika ini, antara kerusi yang menjadi cakap-cakap untuk Anwar bertanding ialah Parlimen Ampang dan Parlimen Bandar Tun Razak.

Ahli Parlimen yang keluar PKR dan sertai Bersatu ialah Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang), Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat