Azalina Tak Layak Jadi Penasihat Undang-undang PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP dan PAS hari ini menyelar tindakan Datuk Seri Azalina Othman Said yang secara terbuka mempersoalkan tindakan Perdana Menteri tidak melantik “orang dia” sebagai peguam negara.

Malah, menurut Ahli Parlimen DAP, Ngeh Koo Ham, ekoran tindakan Azalina itu, beliau menyifatkan ahli parlimen Pengerang berkenaan tidak layak untuk menjadi penasihat undang-undang dan hak asasi manusia kepada perdana menteri dan wajar meletakkan jawatan segera.

Katanya, kenyataan Azalina yang mahu perdana menteri melantik peguam negara dalam kalangan UMNO jelas menunjukkan wujud cubaan salah guna kuasa bagi memenuhi kepentingan mereka.

“Ini sama sekali bertentangan dengan kedaulatan undang-undang. Inilah sebabnya mengapa gesaan supaya peranan pendakwa raya dipisahkan daripada peguam negara (sebagai penasihat undang-undang tertinggi kepada kerajaan).

“Potensi penyalahgunaan (kuasa) oleh eksekutif yang diketuai oleh perdana menteri adalah jelas.

“Pendakwa raya sepatutnya bertanggungjawab kepada parlimen, bukannya kepada perdana menteri,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ngeh yang juga seorang peguam menambah, selaku penasihat Ismail, Azalina terbukti tidak layak untuk menggalas tugas tersebut.

Sabtu lalu, ketika berucap pada majlis taklimat khas Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), Azalina secara terbuka menyoal mengapa Ismail tidak memilih “orang dia” sebagai peguam negara.

“Sesiapa yang jadi perdana menteri akan melantik orang dia untuk jadi peguam negara.

“Jika kuasa menukarkan AG (peguam negara) di tangan PM, mengapa PM tidak tukar AG, malah ia adalah bidang kuasa PM.

“Saya nak tanya satu sahaja, takkan nak tukar AG pun tak boleh,” kata Azalina sambil disambut sorakan kuat daripada para hadirin.

Tan Sri Idris Harun dilantik menjadi Peguam Negara semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri kelapan.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataan “setiap perdana menteri akan lantik peguam negara orang dia” dikeluarkan Azalina memberi gambaran instituti pendakwaan di negara ini dipengaruhi dan dikawal perdana menteri.

Katanya, kenyataan Azalina itu agak terkebelakang ketika era pelbagai pembaharuan dari sudut menghidupkan demokrasi sebenar dilakukan oleh kerajaan pada hari ini.

“Langkah yang paling baik ialah memisahkan fungsi peguam negara dengan tugas pendakwaan. Ini sebenarnya telah dimulakan perancangan oleh pihak kerajaan ketika Takiyuddin Hassan sebagai menteri di Jabatan Perdana menteri (parlimen dan undang-undang).

“Pada ketika kenyataan itu dibuat, menariknya, ia juga sebagai menyahut cadangan ahli parlimen Pengerang yang ketika itu sebagai timbalan yang dipertua Dewan Rakyat. Beliau turut menuntut supaya sebuah suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi pembaharuan Jabatan Peguam Negara,” kata Ahmad Fadhli.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat