MoU Bernilai RM34 Bilion Bukti Malaysia Destinasi Pelaburan Dunia- PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sembilan syarikat Malaysia hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat konglomerat Arab Saudi, Ajlan Bros Holding Group yang melibatkan pelaburan kolektif bernilai USD7.5 bilion (kira-kira RM34 bilion).

MoU itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta wakil Timbalan Pengerusi Ajlan Bros Holding Group, Mohammed Abdulaziz Al Ajlan.

Dalam kenyataan media Pejabat Perdana Menteri, Ismail berkata kerjasama tersebut membuktikan Malaysia kekal utuh sebagai destinasi pelaburan utama dunia yang turut menjadikan kesan pengganda kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Selain itu, kerjasama syarikat Malaysia bersama Ajlan Bros Holding Group ini juga berupaya meningkatkan daya saing syarikat tempatan untuk bersaing di peringkat global.

“Pelaburan berimpak tinggi ini amat penting bagi memacu negara serta seluruh Keluarga Malaysia pulih sepenuhnya daripada kesan pandemik COVID-19 dan krisis geopolitik yang menyebabkan ketidaktentuan ekonomi,” kata Ismail.

Sembilan syarikat Malaysia yang terdiri daripada sektor semi-konduktor, perdagangan sosial, teknologi perubatan, industri pertahanan dan hiburan itu ialah Dagang NeXchange Berhad (DNex), Aerodyne Systems Sdn. Bhd, National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd (NADI), Twistcode Technologies Sdn. Bhd, CyberSecurity Malaysia, Malaysia Genomics Resources Centre Berhad, Meta Universe Sdn. Bhd, Light Up 7 Sdn. Bhd dan My Events Sdn. Bhd.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat