Mahkamah keluar injunksi interim terhadap Wan Azri atas sebaran kandungan mudarat dalam talian

CYBERJAYA, 24 Jun 2026 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah injunksi interim ex-parte terhadap seorang individu yang bernama Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Wan Azri), yang juga dikenali sebagai Papagomo dalam satu tindakan sivil yang dimulakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Melalui perintah itu, mahkamah telah menghalang Wan Azri daripada menerbitkan sebarang pernyataan berunsur fitnah terhadap MCMC serta menghentikan serta- merta penerbitan dan penyebaran kandungan memudaratkan dalam talian melalui media sosial. Mahkamah juga menetapkan bahawa individu tersebut tidak boleh menggunakan mana-mana platform media sosial untuk menyebarkan kandungan yang palsu, mengelirukan atau memudaratkan, sama ada melalui akaun sedia ada atau akaun baharu.

Perintah injunksi interim ini akan terus berkuat kuasa sehingga pendengaran interpartes atau arahan lanjut oleh mahkamah.

Tindakan ini susulan Notis Tuntutan yang telah dikeluarkan oleh MCMC kepada Wan Azri pada 9 April 2026 berhubung penerbitan kandungan palsu yang menuduh MCMC menyekat laporan berita MalaysiaGazette. Selain itu, Wan Azri juga didapati berulang kali menggunakan akaun media sosial untuk menyebarkan kandungan yang memudaratkan dalam talian.

Perintah injunksi interim dan tindakan sivil ini adalah berdasarkan undang-undang sedia ada yang memberi fokus kepada kandungan dalam talian yang boleh menjejaskan kepentingan awam, menggugat keharmonian masyarakat serta menghakis keyakinan terhadap institusi awam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat