Op Lusuh Sarawak: MCMC dan PDRM tumpaskan sindiket kecurian peralatan telekomunikasi

KUCHING, 24 Jun 2026 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak berjayamenumpaskan kegiatan penyimpanan peralatan telekomunikasi yang disyaki dicuri menerusi Operasi Bersepadu Op Lusuh yang dilaksanakan pada 18 hingga 19 Jun 2026 di sekitar Kuching, Padawan dan Kota Samarahan.

Dalam operasi tersebut, sebuah premis di Kota Samarahan yang dipercayai dijadikan gudang penyimpanan telah diserbu. Hasil pemeriksaan menemukan pelbagai peralatan telekomunikasi, termasuk bateri stesen pemancar dan Remote Radio Unit (RRU), yang dipercayai milik syarikat telekomunikasi serta disyaki diperoleh secara tidak sah.

Dua (2) individu turut ditahan oleh PDRM bagi membantu siasatan manakala semua peralatan yang ditemui telah disita sebagai bahan bukti.

Kecurian dan vandalisme terhadap aset telekomunikasi bukan sahaja merupakan satu kesalahan jenayah malah boleh menjejaskan kesinambungan perkhidmatan komunikasi kepada pengguna, termasuk perkhidmatan penting yang bergantung kepada rangkaian telekomunikasi.

Mana-mana pihak yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 235, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima (5) tahun, atau kedua-duanya sekali.

Operasi ini mencerminkan kerjasama erat antara MCMC, PDRM Kontinjen Sarawak, Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) serta agensi penguatkuasaan berkaitan dalam membanteras jenayah yang mengancam keselamatan infrastruktur telekomunikasi negara.

Kerjasama strategik ini akan terus diperkukuh bagi memastikan rangkaian komunikasi negara kekal selamat, stabil dan berdaya tahan. Orang ramai turut digesa supaya menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan melibatkan aset telekomunikasi. Kerjasama masyarakat amat penting dalam membantu membendung kegiatan jenayah ini daripada terus berleluasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat