Kerajaan Negeri Bertegas, Tidak Akan Berlembut Dengan Peneroka Tanah Haram, Kata Exco

- Advertisement -

Cyberjaya – Exco Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menafikan kerajaan negeri ‘berlembut’ dengan pekebun durian di atas tanah haram di sekitar Raub.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul berkata keputusan penangguhan untuk keluar di buat oleh Mahkamah Tinggi Kuantan dan bukannya kerajaan negeri.

“Ramai yang beranggapan bahawa Kerajaan Negeri telah berlembut dengan peneroka tanah haram di Raub apabila hari ni keluar berita mereka telah diberi penangguhan dari “keluar” dari kebun-kebun haram tersebut.

“Yang memberi penangguhan itu bukan Kerajaan Negeri tetapi Mahkamah. Ini ekoran permohonan yang dibuat oleh pekebun-pekebun kepada Mahkamah untuk membatalkan “Notis Keluar” yang diberi kepada mereka. Mahkamah pula hari ini telah menetapkan satu tarikh lain untuk kedua-dua pihak menyiapkan hujah mereka samada Notis tersebut boleh dibatalkan atau tidak,” jelasnya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Shahaniza keputusan tersebut adalah merupakan prosedur biasa, sambil menjelaskan sehingga hari ini Kerajaan Negeri tetap tegas dengan keputusan untuk telah dibuat sebelum ini.

“Maka, sementara menunggu tarikh tersebut, Mahkamah berilah penangguhan kepada mereka dari keluar. Ini adalah prosedur Mahkamah, tiada kena mengena dengan Kerajaan Negeri.

“Sehingga hari ini, kita tegas dengan keputusan yang telah dibuat. Namun, kita akur dan menghormati prosedur Mahkamah yang telah memberi masa kepada kedua-dua pihak untuk failkan hujah masing-masing hingga 28hb Oktober, 2020,” katanya lagi.

Terdahulu seramai 111 pekebun durian di atas tanah haram mendapatkan Perintah Pengantungan Sementara terhadap notis pengosongan tanah kebun dan pajakan di beberapa lokasi di sekitar Raub.

Peguam Siew Choon Jern yang mewakili pekebun terbabit berkata, keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Zainal Azman Ab Aziz selepas mendengar hujahan daripada pemohon dan wakil responden berhubung tuntutan terbabit.

Menurutnya, mahkamah tiada bantahan, sekali gus membenarkan pengantungan notis yang dikeluarkan responden sehingga tarikh pendengaran semula permohonan dijadualkan pada 28 Oktober depan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas prosiding permohonan mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis pengosongan kebun dan pajakan tanah durian di Kompleks Mahkamah Kuantan, hari ini.

Pada Jumaat lalu, Chan Yoke Kong, 50, bersama 101 pekebun lain memfailkan permohonan semakan kehakiman berhubung tindakan kerajaan negeri mengarahkan mereka mengosongkan tanah, baru-baru ini.

Permohonan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Kompleks Mahkamah Kuantan oleh Choon Jern dengan menamakan enam responden.

Dalam perkembangan sama, Choon Jern berkata, pekebun juga bersedia untuk mengadakan rundingan dengan pihak berkaitan dalam usaha menyelesaikan kemelut terbabit.

“Jika ditawarkan situasi menang-menang, saya percaya mereka (pekebun) juga mahu berbincang tetapi mereka rasa tertekan kerana notis itu terlalu pantas iaitu perlu mengosongkan tanah dalam masa 30 hari.

“Mereka sudah lama mengusahakan tanah itu termasuk sejak 1961 dan pekebun terbabit hanya mahukan keputusan yang adil.

“Sebelum ini mereka pernah memohon kepada kerajaan negeri untuk mengusahakan tanah secara sah, tetapi ditolak dengan alasan berada dalam kawasan hutan simpan,” katanya.

Pada 1 Ogos lalu, kerajaan Pahang bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di atas tanah kerajaan.

Tindakan itu dilakukan berikutan kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat hilang hasil cukai tanah dari kebun haram termasuk di kawasan hutan simpan.

Antara kawasan dusun durian di Raub yang terbabit ialah Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit serta Tranum dan Tras. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat