Muafakat Nasional Perkukuh Kerjasama Semua Kaum, Kata Shahril Kepada Ku Li

Klopp Terkejut Liverpool Cemerlang Pada Awal Musim

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berkata pada Isnin bahawa beliau tergamam dengan mutu permainan yang dicipta pasukannya di awal musim mempertahankan kejuaraan Liga Perdana...

MB Pahang: Exco Pahang Diuji Negatif Covid-19

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR PAHANG KEPUTUSAN UJIAN PCR YB DATO’ NAZRI NGAH NEGATIF, TIADA GEJALA Sukacita saya maklumkan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato’...

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik "kejayaannya" membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada 17 kawasan yang beliau lawati...

Pelantikan Tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah Tidak Langgar Perlembagaan – Shamrahayu

KUALA LUMPUR: Pelantikan tiga Timbalan Ketua Menteri bagi Kerajaan Negeri Sabah tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan negeri itu, kata pakar Perlembagaan Prof Dr...

Penularan COVID-19 Masih Terkawal, Kadar Kebolehjangkitan 1.39

PUTRAJAYA: Penularan COVID-19 di Malaysia masih lagi terkawal dengan kadar kebolehjangkitan (RO), atau disebut ‘R-Naught’ adalah kurang daripada 1.6 dengan kadar ketika ini adalah...

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menyanggah kenyataan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah yang menganggap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak layak berada dalam Muafakat Nasional kerana membuka keahlian kepada bukan Melayu.

Dalam satu kenyataan menerusi Twitternya, Shahril menjelaskan UMNO telah pun membuat keputusan berhubung penyertaan Bersatu dalam MN.

Jelas beliau, UMNO juga tidak akan meninggalkan perjanjian yang telah dibuat hanya kerana Bersatu membuka keahliannya kepada bukan Melayu.

“Antara sebab lain, ia kelihatan sangat pelik memandangkan kita berada dalam BN dan MCA serta MIC juga menyokong MN.

“Selain itu, salah satu cabaran kami adalah meyakinkan orang bukan Melayu bahawa MN bukan kelab eksklusif. Kami telah mengatakan bahawa di seluruh negara.

“Malah Piagam MN menyebutkan hasrat inklusiviti. Oleh itu, kita tidak akan melakukan perkara yang jelas bertentangan,” katanya.

Shahril juga menjelaskan antara kandungan piagam MN ialah memperkukuhkan kerjasama itu melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.

“Kalau parti nak buat keputusan drastik seperti yang dicadangkan, perlu ada sebab dan pertimbangan berlandaskan apa yang baik untuk negara dan parti.

“Sebab dan pertimbangan yang boleh diterima rakyat. Bukan semata-mata sebab satu parti dalam Kerajaan buka keahlian,” katanya lagi.

Sebelum ini, Tengku Razaleiegh berkata tindakan Bersatu membuka keanggotaan kepada bukan Bumiputera menjadikan parti itu tidak lagi layak berada dalam “pakatan Melayu-Islam yang didukung Muafakat Nasional (MN)”.

Dalam satu kenyataan, Tengku Razaleih menggesa pemimpin UMNO yang menganggotai Kabinet Perikatan Nasional (PN) wajar menarik diri daripada kerajaan ekoran keputusan Bersatu itu. – Awani

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik "kejayaannya" membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada 17 kawasan yang beliau lawati...

Lepas UMNO Cium, Katak Menjadi Putera Raja, Kata Khaled

Kuala Lumpur - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin secara sinis mengeluarkan kenyataan sindiran terhadap konflik politik yang berlaku di Sabah. Bekas menteri...

Jika BN Adalah Beban, Elok PN Segera Tamatkan Kerjasama Politik – Nazir

Kuala Lumpur - Sebarang kerjasama politik yang dibentuk harus dengan ada keikhlasan bukannya mendabik dada paling kuat dan paling bersih. Menurut Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa,...