“Jika Benar, Ia Pendapat Peribadi” – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau tidak pasti jika kenyataan yang didakwa dikeluarkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam, mengenai semua Menteri dari UMNO perlu meletakan jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), adalah benar-benar dari beliau atau tidak.

“Saya tak pasti apakah benar ini kenyataan KU LI”, kata Annuar.

Walaupun begitu kata Menteri Wilayah Persekutuan berkenaan, “Jika benar, ia hanya pendapat peribadi. Yang pasti, dasar UMNO tidak mencampuri dasar dalaman parti sahabat”.

Tambah beliau lagi, “UMNO DAN PAS juga ada ahli bukan Melayu dan bukan Islam. Piagam MN (Muafakat Nasional) dengan jelas menjunjung kepelbagaian kaum dlm (dalam) mkat (masyarakat) majmuk”, katanya seperti di petik dari akaun Twitter beliau.

Tengku Razaleigh yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO menegaskan semalam, berikutan keputusan Bersatu untuk menerima keahlian orang bukan Islam, adalah wajar untuk semua ahli parlimen daripada UMNO yang menganggotai Kabinet untuk berundur daripada melibatkan diri dalam kerajaan sekarang.

“Parti Bersatu dengan pengumumannya yang baru untuk menerima bukan Melayu menjadi anggota partinya telah dengan sendirinya tidak lagi layak menjadi anggota Pakatan Melayu Islam yang didukung oleh Muafakat Nasional.

“Kita UMNO tidak pernah menjadi anggota kerajaan Perikatan Nasional, sebaliknya kita hanya memberi sokongan sejak awal penubuhan kerajaan ini untuk menjaga dan memelihara kestabilan politik negara”, katanya dalam satu kenyataan – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,612FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat