Harga siling ayam kini RM 9.40, babitkan peruntukan subsidi RM369.5 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Harga siling runcit ayam standard kini pada kadar RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandew berkata, kerajaan melalui mesyuarat Kabinet hari ini mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada kadar RM9.40 sekilogram, bagi Semenanjung Malaysia.

“Mesyuarat juga bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam pada kadar 0.45 sen/biji bagi gred A, gred B (0.43 sen/biji) dan gred C (0.41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia.

“Penetapan harga siling bagi ayam standard dan telur ini berkuatkuasa bermula 1 Julai 2022,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Ronald, keputusan ini juga telah mengambil kira dan diselaraskan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

“Melalui inisiatif bantuan tunai termasuk bantuan tunai tambahan berjumlah sehingga RM500 kepada golongan B40 dan sebahagian daripada golongan M40.

“Seramai 8.6 juta penerima BKM sudah diluluskan dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2600 tahun ini.

“Bantuan ini adalah tertinggi yang pernah diberikan oleh mana-mana kerajaan,” jelasnya.

Tambah Ronald lagi, dengan pelaksanaan subsidi ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM369.5 juta, menjadikan jumlah keseluruhan subsidi adalah sebanyak RM1.1 bilion sejak 5 Februari 2022.

“Isu kenaikan harga barang tidak berlaku di Malaysia sahaja, sebaliknya ia merupakan fenomena global ekoran gangguan rantaian bekalan akibat konflik geopolitik dan perubahan iklim.

“Namun, kerajaan sedaya upaya berusaha menetapkan mekanisme pengawalan harga bagi memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban dengan cabaran kos sara hidup,” ujarnya.

Untuk rekod kenaikan harga siling baru ini tidak dapat dielakkan berbanding harga siling lama, RM8.90 sekilogram berikutan pemain industri tidak mampu lagi menanggung kos dedak, pengangkutan dan tukaran wang asing.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat