Trump Tandatangan Perintah Eksekutif Sasar Syarikat Media Sosial

- Advertisement -

WASHINGTON: Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif yang mensasarkan syarikat media sosial pada Khamis, beberapa hari selepas Twitter menyebut dua tweetnya “berpotensi mengelirukan.”

Bercakap dari Pejabat Oval sebelum menandatangani perintah itu, Trump mengatakan langkah itu adalah untuk “mempertahankan kebebasan bersuara dari salah satu bahaya paling besar yang dihadapinya dalam sejarah Amerika.”

(Trump di dakwa sering mengeluarkan maklumat mengelirukan/memandang rendah mengenai bahaya coronavirus yang setakat ini telah membunuh lebih 100,000 orang di negara tersebut).

“Sebilangan kecil syarikat media sosial memonopoli berita dengan mengawal sebahagian besar komunikasi awam dan swasta di Amerika Syarikat,” katanya. “Mereka tidak memiliki kekuatan untuk menapis, menyekat, menyunting, membentuk, menyembunyikan, mengubah, hampir semua bentuk komunikasi antara warga swasta dan khalayak umum yang besar.”

Perintah eksekutif itu menguji batas kewibawaan Rumah Putih.

Dalam tempoh jangka panjang, ia berusaha untuk mengurangkan kekuatan platform media sosial yang besar dari segi undang-undang dengan menafsirkan semula undang-undang kritikal tahun 1996 yang melindungi laman web dan syarikat teknologi ini dari tuntutan mahkamah.

Tetapi pakar undang-undang haluan kanan dan kiri telah menimbulkan kebimbangan serius mengenai cadangan tersebut. Mereka mengatakan ia mungkin tidak berperlembagaan kerana berisiko melanggar Pindaan Pertama syarikat swasta terbabit dan kerana ia turut berusaha untuk mengatasi dua cabang penggubakan undang-undang yang lain – kongres dan mahkamah.

“Ini adalah usahanya (Trump) sendiri cuba mengambil fungsi mahkamah dan Kongres dengan menulis semula undang-undang yang telah diselesaikan selama beberapa dekad,” kata Senator Demokrat Ron Wyden dari Oregon – arkitek perundangan yang ingin ditafsirkan semula oleh perintah itu. “Dia memutuskan apa yang sah berdasarkan apa yang menjadi kepentingannya sahaja.”

Perintah itu menandakan peningkatan dramatik dalam perang antara Trumpdengan syarikat teknologi – ketika syarikat-syarikat teknologi ini berjuang untuk mengatasi penyebaran maklumat salah yang semakin meningkat di media sosial. Presiden secara kerap menuduh pengendali media sosial (cuba) menapis ucapan konservatif.

Pada hari Khamis, Trump mengakui perintah eksekutif yang dikeluarkannya itu berada dalam keadaan tidak menentu apabila berkata beliau yakin mereka akan mencabarnya di mahkamah – CNN

Terjermahan: SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat