Kami Tidak Terima Pemecatan Ini Kata Mahathir

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Kelima-lima ahli parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap Tan Sri Muhyiddin Yassin bersikap diktator kerana memecat mereka.

“Yang jelas, pejabat Presiden (Muhyiddin) bermain politik semasa isu Covid-19 dan kegawatan ekonomi yang kini melanda negara. Ini juga menampakkan sikap diktator Presiden.

“Kami juga menyatakan di sini bahawa tindakan sebelah pihak (unilateral) oleh Presiden Bersatu kini dalam memecat kami tanpa sebab adalah kerana kegusaran beliau dalam menghadapi pemilihan parti serta posisi beliau yang tidak selamat selaku Perdana Menteri yang paling tidak stabil dalam sejarah pentadbiran negara kita,” kata kenyataan kelima-lima mereka.

Selain Mahathir, empat lagi dipecat ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr. Maszlee Malik dan Datuk Amiruddin Hamzah.

Mereka juga memaklumkan, surat yang diterima mereka juga menampakkan kecelaruan urusetia parti Bersatu dan ianya ditandatangani oleh individu yang tidak diberikuasa di bawah perlembagaan parti dan tidak langsung menampakkan Bersatu ditadbir secara profesional.

“Tindakan seorang Setiausaha Kerja yang mengutus surat sebegini kepada yang diantaranya adalah para pengasas parti Bersatu sendiri adalah sangat menjelikkan serta biadab.

“Pihak kami tidak menerima pemecatan salah ini yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan merizabkan hak untuk mengambil tindakan undang-undang yang berkaitan bukan sahaja untuk diri kami tetapi untuk memastikan kemaslahatan ahli-ahli akar umbi Bersatu,” kata kenyataan yang sama.

Mereka juga mendakwa alasan pemecatan amat dangkal dan tidak munasabah untuk mengatakan mereka telah keluar parti sedangkan mereka hanya melaksanakan apa yang dibenarkan oleh undang-undang dan hak kami di bawah Perlembagaan Persekutuan selaku ahli parlimen yang sah.

“Kami langsung tidak bersetuju bahawa keahlian kami terhenti secara serta-merta apatah lagi ianya bertentangan dengan undang-undang serta juga menafikan hak kami untuk membela diri dan memberi penjelasan, yakni hak yang dijamin di bawah prinsip kedaulatan undang- undang,” kata mereka lagi.

Melalui surat pemecatan mereka dinyatakan mereka telah melanggar peruntukan 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu.

Dakwaan yang terkandung di dalam surat berkenaan adalah bahawa tindakan mereka kerana mengambil kedudukan di Parlimen pada 18 Mei lalu sebagai wakil rakyat yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional dan menyebabkan kami melanggar perlembagaan parti Bersatu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat