Umno perlukan Pemuda seperti Akmal, peranan kumpulan pendesak kembali – A. Kadir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno memerlukan orang muda berkeluasan profesional seperti Dr Akmal Saleh kalau tidak mahu terus menjadi rumput di tengah jalan dan melukut di tepi gantang.

Wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin memuji kelantangan Dr Akmal dalam isu stoking kalimah Allah sehingga membawa kepada kempen boikot KK Mart sekali gus telah mengembalikan peranan Pemuda Umno seperti sebelum ini sebagai kumpulan pendesak.

“Saya alu-alukan tindakan Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, mengembalikan peranan pergerakan itu sebagai kumpulan pendesak.

“Untuk sekian lama, Ketua-ketua Pemuda Umno gagal menampilkan diri sebagai pendesak. Mereka lebih mengutamakan keserasian dengan pucuk pimpinan dan jawatan.

“Saya tertarik dengan keberanian, komitmen dan kepetahan beliau berhujah. Umno memerlukan orang muda berkeluasan profesional macam beliau kalau tidak mahu terus menjadi rumput di tengah jalan dan melukut di tepi gantang,” puji A.Kadir.

Sejak dua minggu lalu, kata beliau, apabila tercetus isu penjualan stoking dengan nama “Allah” oleh rangkaian kedai KK Mart, Dr Akmal muncul sebagai pendesak utama mewakili orang Melayu dan Islam.

“Kalau boleh saya guna ungkapan bahasa Inggeris, “he had made his point loud and clear”. Beliau sudah menyatakan pendiriannya dengan kuat dan jelas.

“Atas desakan beliau dan banyak pihak lain serta perjalanan biasa undang-undang, tindakan telah dan sedang diambil ke atas pemilik KK Mart serta pihak-pihak berkaitan.

“Buat permulaan, mereka telah disiasat dan didakwa di mahkamah. Sebelum itu, mereka telah memohon maaf.

“Saya rasa hanya orang paling bodoh, bangang dan sengaja cari penyakit saja yang tidak faham atau sengaja tidak mahu faham sentimen dan sensitiviti orang Melayu dalam hal-hal berkaitan kalimah Allah, al -Quran dan Rasulullah (SAW),” katanya.

Jadi, mana-mana pihak yang hendak bekerjasama dengan orang Melayu, termasuk menjadikan mereka pelanggan, hendaklah sensitif dan berusaha seboleh-bolehnya menyaring agar barang dagangan yang boleh menimbulkan bantahan tidak ada di kedai mereka, tegas beliau.

“Lagi elok kalau rangkaian pasar besar macam KK Mart mewujudkan panel terdiri daripada pakar dari semua agama bagi menasihati mereka.

“Rasanya tidaklah susah sangat bagi pasar-pasar raya mendapatkan nasihat luar, memasang papan tanda yang jelas bagi setiap kategori barang dan mematuhi peraturan memisahkan barang-barang tidak halal dengan barang-barang halal.

“Kalau boleh, kita kembalilah kepada yang asal. Kita hentikan kempen boikot (kecuali yang berkaitan isu Palestin). Kalau tidak mahu berlanggan dengan KK Mart atau mana-mana perniagaan, itu hak kita. Sebagai pengguna ada hak kita memilih.

“Lagipun, melainkan masyarakat perniagaan kita bodoh, bangang dan rasis, mereka tentu mengiktiraf peranan dan kuasa membeli (purchasing power) pengguna Melayu-Islam,” kata A. Kadir lagi.

Mengulas lanjut tokoh wartawan itu menyatakan, beliau tidak kenal Dr Akmal secara peribadi malah hanya sejak kempen boikot KK Mart ini barulah beliau muncul dalam kesedaran (consciousness) beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat