China dan ASEAN digesa selesaikan pertikaian wilayah elak konflik

- Advertisement -

BEIJING – Negara anggota ASEAN digesa menghargai keamanan serantau yang berkekalan dan membantu mencegah keadaan daripada menjadi tidak terkawal di Laut China Selatan.

South China Morning Post melaporkan seorang diplomat kanan China, Liu Zhenmin berkata, beliau kesal melihat ketegangan yang memuncak di Laut China Selatan sepanjang tahun lalu.

Beliau yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Laut China Selatan sebagai Naib Menteri bagi hal ehwal luar negeri sebelum mengambil peranan kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2017, berkata China dan ASEAN perlu mencari penyelesaian dua hala melalui rundingan bagi pertikaian wilayah.

“Rakyat ASEAN perlu sedar dan menghargai keamanan serantau sejak berakhirnya Perang Dingin selama tiga dekad dan usaha yang perlu diambil untuk menghalang konflik baharu daripada muncul di Laut China Selatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas beberapa siri pertempuran antara China dan Filipina di sekitar Second Thomas dan Scarborough Shoals, yang telah membawa kepada peningkatan tumpuan terhadap isu itu di kalangan masyarakat antarabangsa yang meluas.

Zhenmin memberi amaran kerjasama ketenteraan erat di antara Amerika Syarikat, Jepun dan Filipina meningkat tahun lalu. Ramai yang bimbang ini akan mencetuskan satu lagi konflik di Asia Tenggara.”

Katanya, negara di luar wilayah berkenaan harus menyokong negara jiran di Laut China Selatan dalam mencari penyelesaian yang adil melalui rundingan, bukannya menyalakan api dan mencipta risiko.

“Negara juga harus mengelak … (menyokong) satu pihak sambil menindas yang lain.”

Laut China Selatan yang kaya dengan sumber, menjadi salah satu laluan kapal terpenting di dunia, kini menjadi subjek beberapa tuntutan bertindih.

Selain China dan Filipina, Vietnam, Malaysia, Brunei dan Taiwan semuanya mempunyai tuntutan.

China menuntut sebahagian besar perairan itu dan menolak keputusan timbang tara antarabangsa 2016 bahawa tuntutannya tidak sah.

Konfrontasi terbaharu antara Beijing dan Manila berlaku Sabtu lalu, apabila Filipina menuduh pengawal pantai China menggunakan meriam air terhadap kapal awam dalam misi bekalan semula kepada tentera yang ditempatkan di Thomas Shoal Kedua.

Selepas beberapa siri pertikaian yang sama, di mana kedua-dua pihak saling menuduh mengenai siapa yang harus dipersalahkan.

Episod terbaru juga mendorong Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai perjanjian pertahanan bersama dengan Manila dan Jepun untuk menyatakan sokongan kepada Filipina.

Korea Selatan turut menyatakan “kebimbangan besar” terhadap penggunaan meriam air.

Sementara itu, Khamis lalu, Kementerian Pertahanan China mendakwa Washington mencetuskan masalah di Laut China Selatan.

“AS mencetuskan konfrontasi, menyokong Filipina, mengancam dan memberi tekanan ke atas China dengan memetik apa yang dipanggil perjanjian dua hala dan menghantar kapal tentera ke Laut China Selatan untuk mencetuskan masalah.

Jurucakap kementerian itu, Wu Qian, berkata, beliau menggesa Manila untuk menyedari bahawa provokasi hanya akan mendatangkan lebih mudarat kepada mereka daripada kebaikan dan meminta sokongan asing tidak akan membawa perkara itu ke mana-mana.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat