KEB 2024 perkasa bumiputera, bukan bumiputera – Rafizi

- Advertisement -

PUTRAJAYA — ‘Daripada perspektif kaum masing masing sudah tentu rasa Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 ini macam tak cukup bumiputera, the most stable bumiputera and the most stable non bumiputera, jelas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai KEB 2024 yang turut disertai wakil bukan melayu, bukan bumiputera, termasuk dewan dewan perniagaan Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.

Rafizi berkata pihaknya berharap peyertaan seperti ini dapat memberi pendedahan kepada semua pihak dalam menyertai peluang ekonomi dan teknologi baharu di samping membentuk hala tuju ekonomi yang lebih positif.

“Mereka yang bukan bumiputera yang tak boleh bincang langsung pasal bumiputera buatlah macam mana pun dia kata ini berbentuk perkauman, tapi saya fikir untuk negara ini adalah sangat penting untuk kita berbincang dan membangun jalan bagi kerjasama kerana bumiputera dan bukan bumiputera faham kita punya 33 milion untuk kita bersaing di peringkat global.

“We have to grow the cake and so that with the bigger kek, it gives us more muscle for us to compete in a very challenging environment. And for that to happen, growing, take growing more muscle is common sense that the best opportunity kepada bumiputera dan bukan bumiputera is to find that smart.

“Kongres kali ini sebenarnya permulaan kepada proses untuk memuktamadkan dasar dasar yang akan diguna pakai oleh kerajaan berkaitan pemerkasaan bumiputera yang kita jangkakan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, PICC hari ini.

Rafizi berkata, kerajaan kini sedang merancang dasar dan memantau di peringkat majlis ekonomi bumiputera yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita sudah ada satu set dasar dasar bumiputera yang khusus mengambil aspirasi daripada kongres ekonomi bumiputera dan juga pendekatan hala tuju besar yang telah digagaskan oleh yang amat berhormat, timbalan perdana menteri yang saya sebut tadi iaitu yang menghasilkan kumpulan kelas bumiputra positif, progresif dan inovatif.

“Yang menghasilkan nilai tanpa kita mengambil pendekatan seperti yang lepas lepas kita nak pendekatan yang terangkum dan akan disusuli dengan beberapa dasar yang akan diumumkan oleh Kerajaan kelak dalam dua ke tiga bulan akan datang,” katanya.

Selain itu katanya,di peringkat kementerian pula pihaknya sedang membangunkan ‘Akta anti Ali Baba’, yang akan di bincangkan melalui Kongres Ekonomi 2024.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat