Syed Abu Hussin, Mohd Azizi sedia kosongkan kerusi parlimen

- Advertisement -

PETALING JAYA: Dua Ahli Parlimen parti Bersatu Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) sedia mengosongkan kerusi jika pindaaan perlembagaan Sabtu ini melarang mereka menyokong lawan tanpa persetujuan parti.

Memetik laporan FMT, Syed Hussin berkata beliau secara peribadi bersedia berdepan sebarang kemungkinan hasil daripada perhimpunan agung khas Bersatu, Sabtu ini bagi meminda perlembagaan parti, namun pada masa menyerahkan nasibnya kepada rakyat.

“Sokongan kepada Anwar dimuktamadkan selepas setahun kami berada di pembangkang (tetapi) tiada perkara boleh memanfaatkan rakyat di kawasan kami.

“Daripada kami tarik balik sokongan kepada Anwar dan kembali menyokong (pihak) asal (Bersatu) yang tak boleh buat apa-apa, kami rela rakyat buat keputusan.

“Kita bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk mengosongkan kerusi,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Bagi Azizi pula, beliau bersedia menyerahkan mandat kepada rakyat jika perlembagaan Bersatu yang akan dipinda memaksa beliau berbuat demikian.

“Kenyataan sokong Perdana Menteri adalah dari hati dan saya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk mengosongkan kerusi,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Hussin juga menafikan beliau dan lima lagi menyokong Anwar berbuat demikian kerana ada tawaran imbuhan termasuk jawatan pengerusi task force (kluster makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).

“Jawatan itu tidak bergaji. Saya hendak tegaskan kami sokong PMX (Anwar) tanpa ada unsur pujukan rayuan dan habuan seperti cuba ditimbulkan dalam sesi semalam,” katanya merujuk perbahasan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan

Pada 29 Jan, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata parti itu akan meminda Perkara 10 dalam perlembagaan parti bagi menghalang insiden wakil rakyatnya menyokong lawan, selain sedia berdepan PRK jika berlaku pengosongan kerusi.

Selain Syed Hussin dan Azizi, Ahli Parlimen Bersatu yang lain menyokong Anwar terdiri Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Zahari Kechik (Jeli); Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat