Perkasakan Program Outreach Srikandi -Ahmad Faizal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diminta menggiatkan program Outrech (temuseru) bagi meningkatkan sokongan golongan wanita Malaysia kepada PPBM mengikut kesesuaian gerak kerja, masa dan kesesuaian.

Timbalan Presiden PPBM, Dato Seri Ahmad Faizal bin Azumu berkata, Srikandi harus memahami selera wanita hari ini dimana program outreach dan inisiatif yang dilakukan harus dilaksanakan secara tersasar dan mikro.

“Amat penting program dialog dengan pihak berkepetingan diadakan agar mereka dapat menyelami aspirasi semua segmen Wanita Malaysia,

“ Parti dan negara sentiasa dahagakan idea baru dan pendapat bernas, Malaysia telah memasuki era baharu yang cabarannya lebih besar,

“Idea baru, pendapat bernas ialah batu-batu asas yang membina sebuah Malaysia yang Makmur dan kuat. Srikandi harus menjadi forum yang besar yang payungnya,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Srikandi sempena Perhimpunan Agung Tahunan, di Hotel Primiera, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar Perak berkata lagi, peranan penting golongan wanita di dalam politik negara tidak mampu dinafikan. Jelasnya lagi, ketika proses menuntut kemerdekaan, golongan wanita juga berada di barisan hadapan. PPBM ujarnya lagi amat menghargai peranan dan jas wanita Malaysia.

“Hari ini, dalam menghadapi cabaran pandemic Covid-19 wanita sekali lagi di barisan hadapan,

“Terima kasih kepada para Srikandi negara “frontliners” dalam perang melawan Covid-19,” ujarnya lagi.

Beliau juga menggesa Srikandi PPBM agar peka dan mampu merasai denyut nadi rakyat  dan perlu terjun ke kancah perjuangan dengan sikap serta pemikiran yang terbuka.

Pada masa yang sama beliau menasihatkan agar Srikandi berkerja keras bagi memastikan parti mampu mempunyai strategi komunikasi dan media yang berkesan agar maklumat yang disampai dan diterima tidak diputar belitkan.

“Kemajuan teknologi maklumat yang begitu pesat semenjak suku abad yang lalu telah mengakibatkan bukan sahaja kesan yang positif tetapi juga mendatangkan kesan negatif,

“Timbunan maklumat yang berkitar 24 jam menyaksikan keupayaan individu untuk menyaring kebenaran semakin sukar,

“Kita perlu memastikan parti mampu mempunyai strategi komunikasi dan media yang berkesan agar maklumat yang disampai dan diterima tidak diputar belitkan,” tegasnya. SuaraTV

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat