Budayakan “Politik Kasih Sayang” Kata Timbalan Presiden BERSATU

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malayia (PPBM), Dato Seri Ahmad Faizal Azumu menggesa semua pimpinan Parti agar membudayakan politik Kasih Sayang dimana politik yang merangkum bukan politik yang menyisih dan membenci.

Menurutnya lagi, kempimpinan ARMADA perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik dan tidak mengamalkan tabiat buruk yang mana pada akhirnya memberi gambaran imej yang kurang baik parti kepada rakyat.

“Janganlah kita mengamalkan tabiat buruk meneriakan kita perlu bersatu sepanjang masa di khalayak ramai,

“Tetapi, ibarat Telunjuk Lurus Kelingking Berkait, lain di luar lain di dalam,

“Janganlah kita mendakap kebencian sebaliknya ikutilah jalan kasih sayang yang mampu membawa kejayaan yang lebih bermakna dan kekal,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian ARMADA sempena Perhimpunan Agung Tahunan parti BERSATU, di Hotel Premiera, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Di dalam ucapan itu juga, Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar Perak berkata, ARMADA sebagai pergerakan anak muda dalam parti BERSATU, maka sayap itu harus bersiap sedia untuk menjadi pewaris kepimpinan di masa akan datang. Tegasnya lagi, jatuh bangun parti adalah terletak corak kepimpinan ARMADA pada masa sekarang.

“Keupayaan mengadun realisme dan juga realiti politik adalah kemahiran penting dan perlu dikuasai ahli BERSATU terutamanya ARMADA,

“Ianya akan memberi manfaat kepada masyarakat dan negara,” ujarnya lagi.

Jelas beliau lagi, ARMADA perlu menjadi salah satu forum yang lebih besar dimana ianya akan menampung aspirasi segenap lapisan masyarakat terutama dari golongan intelek, ilmuwan, agamawan, budayawan, petani dan lain-lain lapisan masyarakat yang sedia ada.

“Kuncinya adalah melalui politik kasih sayang.,

“Jangan jadikan politik medan permusuhan melainkan forum untuk mencambah idea dan sebagai satu platform untuk berbakti kepada masyarakat,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat