SPRM tahan CEO anak syarikat kerajaan negeri Perak

- Advertisement -

IPOH:  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) daripada sebuah anak syarikat kerajaan negeri Perak kerana disyaki mengemukakan dokumen palsu.

Perintah tahanan reman selama dua hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Umzarul An Nur Umar di Mahkamah Majistret di sini pagi ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Lelaki berumur 45 itu ditahan di pejabat SPRM Perak kira-kira pukul 3.45 petang semalam kerana dipercayai mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk diluluskan.

Menurut sumber, dokumen berkenaan merupakan Surat Tawaran Pelantikan Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bertaraf jawatan tetap dan menerima gaji RM20,000 sebulan walhal dalam Minit Mesyuarat Jawatankuasa Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bil.14/2017 bertarikh 8 Disember 2017 memutuskan lantikan jawatan tersebut adalah secara kontrak.

Pengarah SPRM Perak Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan itu.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat