Keanu Reeves Hadiahkan Jam Tangan Rolex Buat 4 ‘Stuntmen’ Beliau Dalam John Wick

- Advertisement -

Jika perlu memilih satu artis Hollywood tanpa gosip liar, artis itu pastinya Keanu Reeves. Beliau juga seorang yang murah hati dan kali ini pelakon aksi lagak ngeri untuk John Wick: Chapter 4 pula menerima hadiah istimewa daripada Keanu.

Pelakon berusia 57 tahun tersebut telah mengejutkan 4 orang stuntmen beliau dalam John Wick: Chapter 4 dengan seutas jam tangan Rolex Submariner setiap seorang di satu pertemuan makan malam di Paris, Sabtu lalu selepas menamatkan penggambaran filem tersebut.

Bruce Concepcion, Jeremy Marinas, Dave Camarillo dan Li Qiang dihadiahkan jam tangan tersebut setiap seorang dengan ukiran khas tertulis di bahagian belakang jam.

 

Jeremy berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram Storis dan berkata ia adalah hadiah ‘best wrap gift ever‘ dan dapat dilihat tulisan ‘The John Wick Five‘ dan mesej ‘Jeremy Thank You Keanu JW4 2021‘ tertulis di bahagian belakang jam Rolex beliau.

Model Submariner merupakan salah satu model paling ikonik Rolex dan untuk membelinya juga sukar kerana ia dihasilkan dalam kuantiti yang terhad. Peminat Rolex juga terkejut bagaimana Keanu boleh membeli 4 unit Submariner khas untuk rakan-rakannya kerana bekalan jam tangan Rolex terutamanya model ini ternganggu akibat pandemik COVID-19.

 

Dari segi harga pula, seunit jam tangan ini adalah sekitar RM60,000 (mengikut harga laman Chrono24) dan bagi Keanu, wang bukan penghalang dan nilai persahabatan adalah melebihi segalanya.

Sikap murah hati Keanu ini bukannya baharu. Beliau sebelum ini dikatakan menyemak kembali kontrak beliau untuk filem The Matrix supaya sebahagian daripada peratusan keuntungan daripada filem tersebut diberikan kepada special effects team.

Kini bertambah lagi sebab untuk hormat Keanu Reeves sebagai seorang pelakon yang bukan sahaja baik hati tetapi suka berkongsi rezeki.

The Vocket

Previous articleBelajar melalui lagu
Next articleBetul-betul ganjil
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,580FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat