Belajar melalui lagu

- Advertisement -

MENYIMPAN impian untuk membantu anak bangsa memperkasakan bahasa Inggeris, penyanyi rap popular, Joe Flizzow berkongsi keterujaan dapat merealisasikan cita-cita itu.

Joe turut menjadikan kisah hidup Allahyarham bapanya, Ishak Nengah sebagai contoh terbaik untuk membantu orang ramai meningkatkan taraf hidup dengan menguasai bahasa Inggeris.

“Arwah bapa saya berasal dari kampung dan pernah gagal SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Dia kemudiannya dihantar tinggal bersama bapa dan ibu saudaranya untuk mengambil SPM semula.

“Dia kemudian bekerja sebagai wartawan di NST (News Straits Times) yang seterusnya membawanya ke London. Saya berkongsi kisah ini kerana ingin membakar semangat mereka di luar sana,” katanya.

Joe berkata, dia teruja apabila diberikan peluang untuk bekerjasama dengan platform pendidikan, SOLS 24/7 untuk membantu orang ramai menguasai bahasa Inggeris.

Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak berkata, dia pernah menerima surat daripada seorang guru di Kelantan sewaktu kumpulan Too Phat tampil dengan album berbahasa Inggeris kira-kira 22 tahun lalu.

Album berkenaan dikatakan sedikit-sebanyak menarik minat ramai remaja pada waktu itu untuk mempelajari bahasa Inggeris.

“Keseluruhan album pertama Too Phat adalah dalam bahasa Inggeris. Satu hari saya menerima surat daripada seorang guru di Kelantan. Dia berterima kasih kepada saya kerana disebabkan album Too Phat itu, pelajarnya juga bersemangat untuk mempelajari bahasa Inggeris.

“Dia juga mengajar bahasa Inggeris dengan menggunakan lagu-lagu Too Phat. Muzik, filem dan medium-medium lain juga boleh membantu menguasai bahasa Inggeris. Belajar bukan hanya di sekolah,” katanya.

Penyanyi itu berkongsi pengalamannya ketika ditemui di majlis sidang media Jom BerEnglish With Joe Flizzow yang diadakan secara virtual, kelmarin.

Joe tertarik menjalinkan kerjasama berkenaan mereka ingin mengajar bahasa Inggeris dengan menggunakan bahasa Melayu.

“Pada mulanya saya terkejut bila dengar bahasa Inggeris tidak dibenarkan untuk diajar di dalam bahasa Melayu di sekolah. Saya tak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi sesuatu harus dilakukan.

“Cuba bayangkan, kalau kita nak belajar bahasa Itali, takkanlah guru itu nak cakap dalam bahasa Itali sampai habis. Mesti dia akan tafsir dalam bahasa yang mudah untuk murid-muridnya faham,” katanya.

Dalam pada itu, Joe turut menyifatkan insiatif ini adalah langkah terbaik untuk memberi peluang buat mereka yang kurang berkemampuan untuk mempelajari bahasa Inggeris.

“Apa yang paling saya suka aplikasi ini sangat mudah dan kursusnya percuma. Tidak akan ada caj tersembunyi pada aplikasi ini. Ini sememangnya sudah menjadi misi saya untuk membantu mereka yang susah untuk mendapatkan akses dalam pelajaran.

“Saya dah lama berhajat untuk membantu perjalanan seseorang itu dalam menguasai bahasa Inggeris,” katanya.

Terdahulu, aplikasi yang diberi nama SOLS Edu ini sudah dilancarkan secara rasmi di platform IOS, Android, komputer riba, komputer meja dan tablet.

Joe akan mengajar 28 topik (52 pelajaran) yang merangkumi asas bahasa Inggeris dan apabila semua pelajaran berjaya diselesaikan, sijil akan dikeluarkan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,581FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat