16 wanita Indonesia diselamatkan, dua lelaki ditahan

KUALA LUMPUR – Seramai 16 wanita warga Indonesia dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang diselamatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Desa Baiduri, Jalan Gangsa di Alor Setar, Kedah malam tadi.

Kesemua wanita berusia antara 20 hingga 46 tahun itu diselamatkan menerusi Ops Pintu yang dijalankan pada jam 11.30 malam di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Dalam operasi sama, dua lelaki warga asing berusia 31 dan 59 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan yang disyaki mempunyai kaitan dengan pemerdagangan orang.

Menurut kenyataan JIM Negeri Kedah, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

“Dalam operasi itu, dua lelaki berusia 31 dan 59 tahun ditahan untuk membantu siasatan berhubung kegiatan yang disyaki membabitkan kesalahan pemerdagangan orang,” menurut kenyataan itu.

Selain menyelamatkan 16 wanita terbabit, pihak berkuasa turut menyita dua kenderaan iaitu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota RAV4 dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza.

Turut disita ialah 33 pasport Indonesia serta wang tunai berjumlah RM122,598.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memperincikan identiti dua lelaki yang ditahan, peranan mereka dalam kegiatan berkenaan atau keadaan kesemua wanita yang diselamatkan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat