Betul-betul ganjil

- Advertisement -

GANJIL ini memang ganjil.

Ini antara komen penonton terhadap drama bersiri berjudul Ganjil yang ditayangkan di platform penstriman video, Viu sejak 30 September lalu.

Drama 10 episod arahan Datuk Yusry Abdul Halim serta lakonan Fattah Amin, Diana Danielle, Izzue Islam, Fatin Afeefa, Datuk Seri Eizlan Yusof, Aida Aris dan Imuda ini dikatakan lain dari yang lain berbanding drama-drama Melayu sedia ada.

Episod 9 dan 10 drama terbitan Razor’s Edge Pictures Sdn Bhd itu ditayangkan hari ini.

Penerbit Eksekutifnya, Datuk Saniboey Mohd Ismail berkata, idea asal dan jalan cerita drama ini sudah lama berada dalam fikirannya.

“Ceritanya ringkas saja. Ia mengisahkan dua orang yang hanya berjumpa dalam mimpi, tetapi dalam kehidupan realiti mereka tak berjumpa.

“Saya nak buat cerita cinta paling luar biasa dan pelik. Judulnya menggunakan satu perkataan saja, tapi yang ada maknalah. Ganjil adalah mengenai perhubungan mereka dan cara mereka berjumpa,” katanya yang juga pemilik Razor’s Edge Pictures Sdn Bhd bersama rakan kongsinya, Abdul Latiff Mohaideen.

Saniboey berkata, Ganjil juga berinspirasi daripada salah satu filem kegem

arannya, The Lovely Bones arahan Peter Jackson pada 2009.

“Ia seperti cerita menuju ke dunia lagi satu, tapi tersekat di satu tempat dulu. Saya membayangkan semangat Ganjil itu daripada filem itu,” katanya yang juga bekas wartawan.

Ditanya mengenai pemilihan Fattah sebagai watak utama di samping ‘cakap-cakap’ segelintir pihak yang masih melabelkannya sebagai ‘kayu’, Saniboey tidak merasakan Fattah begitu.

“Fattah cukup bagus dalam Ganjil. Pada saya, watak Amry amat sesuai dengannya dan itulah dia yang sebenarnya. Namun, sebab dia sangat popular dan semua orang mahukan Fattah tanpa mengira watak apa pun,” katanya.

Saniboey berkata, berdasarkan komen penonton di Twitter selepas lapan episod Ganjil ditayangkan, banyak komen positif diterima termasuk memuji lakonan Fattah.

“Komen paling banyak ialah Ganjil lain daripada yang lain. Yang kedua mereka mengatakan Ganjil sebuah drama yang cantik dari segi sinematografi dan skor muzik. Yang ketiga adalah mengenai Fattah dan ramai menyukai lakonannya,” katanya.

Ganjil mengisahkan Amry (Fattah Amin) dan Nabila (Diana Danielle) yang mendapati diri mereka bertemu insan diimpikan.

Pasangan itu bertembung dalam mimpi dan pada suatu malam istimewa, mimpi mereka bercantum menjadi satu.

Ketika mendapati masing-masing mungkin hanya satu watak dalam alam mimpi, tanpa disedari, mereka menjadi lebih erat, berkongsi rahsia dan berdepan ketakutan bersama.

Mimpi Amry dan Nabila adalah cara alam memberikan mereka peluang kedua, untuk menjadi insan yang lebih baik.

Idea asal dan jalan cerita Ganjil diilhamkan Saniboey, manakala skripnya dihasilkan tiga penulis iaitu Evelyn Afnilia, Yasmin Yaacob dan Azhar Amirulhisyam.

Dalam pada itu, Saniboey berkata, mereka juga berdepan cabaran sepanjang menjalani penggambaran Ganjil apabila terpaksa ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada Januari lalu.

“Kami sepatutnya menjalani penggambaran selama 55 hari. Ia bermula 17 November tahun lalu dan sepatutnya berakhir pada 10 Januari tahun ini.

“Namun, akibat PKP penggambaran akhirnya tamat pada 17 Mac lalu sekali gus menjadikannya 121 hari. Saya tak nafikan kami berdepan kerugian, tapi itulah cabarannya. Apapun, kami berjaya juga siapkannya,” katanya.

Harian Metro

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat