Malaysia Dan IAEA Tingkat Kerjasama Pendidikan Dan Latihan Bidang Radiasi, Pengangkutan Dan Keselamatan Sisa Radioaktif

- Advertisement -

VIENNA – Agensi Nuklear Malaysia, agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang berpusat di Vienna, Austria hari ini menandatangani satu Practical Arrangement (PA) yang menetapkan kerjasama antara kedua-dua organisasi dalam bidang pendidikan dan latihan bagi bidang radiasi, pengangkutan dan keselamatan sisa radioaktif.

PA ini telah ditandatangani oleh YBrs. Dr. Abdul Rahim Harun, Ketua Pengarah,
Agensi Nuklear Malaysia dan Puan Lydie Evrard, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan
Keselamatan dan Keamanan Nuklear. Majlis pemeteraian ini telah disaksikan oleh YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.

PA ini menggariskan bidang kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang
pendidikan dan latihan dalam keselamatan radiasi, pengangkutan dan sisa di rantau Asia dan Pasifik. PA ini turut menegaskan semula kepentingan kerjasama dan kolaborasi sebagai cara mempromosikan pendekatan bersepadu untuk pembangunan
bidang pendidikan dan latihan, menyokong program kerjasama teknikal yang lebih
berkesan serta memastikan penyelarasan dan pelengkap aktiviti.

Malaysia dan IAEA akan terus bekerjasama untuk membantu negara-negara anggota
IAEA yang lain dalam bidang latihan dan pembangunan kapasiti, memperkukuh usaha
penyelidikan serta pertukaran dan penyebaran maklumat yang berkesan.

Pada Persidangan Agung IAEA ke-66 yang diadakan di Vienna, Austria pada 27
hingga 30 September 2022, YB Dato’ Sri Dr. Adham turut menyampaikan Penyataan
Negara yang menekankan komitmen Malaysia untuk memupuk kerjasama yang lebih
erat dengan IAEA ke arah mencapai matlamat dan kepentingan bersama.

“Malaysia menghargai sokongan IAEA dalam projek-projek kajian koordinasi untuk
memupuk perkongsian maklumat saintifik dan teknikal. Malaysia juga berbesar hati
diiktiraf IAEA sebagai Pusat Kerjasama IAEA dalam bidang pemprosesan radiasi,
ujian tanpa musnah termaju dan pembiakbakaan mutasi aruhan tumbuhan.

Sehubungan itu, Malaysia berharap untuk memperbaharui pengiktirafan sebagai
Pusat Kerjasama IAEA ini supaya pengalaman dan kepakaran Malaysia dapat terus
dikongsikan dengan negara anggota yang lain,” katanya.

Lebih 50 tahun penglibatan Malaysia sebagai Anggota IAEA, Malaysia telah
bekerjasama dalam bidang perubatan dan kesihatan, makanan dan pertanian,
perindustrian dan pembuatan, alam sekitar, keselamatan radiasi, pendidikan dan
latihan, peraturan serta bidang kepentingan lain yang berkaitan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat