Malaysia Anjur Semakan Misi Khidmat Nasihat Keselamatan Nuklear Antarabangsa Bulan Depan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menganjurkan Semakan Misi Khidmat Nasihat Keselamatan Nuklear Antarabangsa bulan depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata misi itu akan membantu Malaysia dalam melengkapkan semakan untuk penambahbaikan dalam mekanisme keselamatan sedia ada.

“Kami menghargai sokongan berterusan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam melaksanakan Pelan Sokongan Keselamatan Nuklear Bersepadu di Malaysia,” katanya dalam ucapan pada Persidangan Umum IAEA di Vienna, Austria hari ini.

Selain itu, Dr Adham turut menzahirkan penghargaan atas bantuan IAEA dalam pelbagai projek penyelidikan yang diselaraskan untuk menggalakkan perkongsian maklumat saintifik dan teknikal. 

Beliau berkata Malaysia turut berbangga dengan pengiktirafan sebagai pusat kolaborasi IAEA oleh agensi itu dalam bidang pemprosesan radiasi, ujian tanpa kerosakan lanjutan dan pembiakan mutasi tumbuhan.

“Justeru, kami tidak sabar untuk memperbaharui perlantikan pusat kolaborasi IAEA untuk terus berkongsi kepakaran kami dengan anggota yang lain,” tambahnya.

Merumuskan ucapannya, Dr Adham mengulangi komitmen teguh dan sokongan berterusan Malaysia kepada IAEA, termasuk menerusi sumbangan yang sewajarnya. 

Beliau berkata Malaysia menghargai usaha berterusan IAEA untuk mempromosi ketelusan, kecekapan dan akauntabiliti dalam pengaplikasian teknologi nuklear untuk tujuan yang selamat dan aman. 

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat