Mahathir Gesa KDN Keluarkan LTTE Dari Senarai Pengganas – Dr Kamarul

- Advertisement -

CYBERJAYA – Penganalisis politik yang juga pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Yusoff hari ini mendedahkan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa memegang jawatan Perdana Menteri telah meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan LTTE dari senarai kumpulan pengganas.

Dr Kamarul berkata, Dr Mahathir telah menulis sepucuk surat rasmi pada 12 Februari 2020 kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan perkara itu, kira-kira seminggu sebelum Peguam Negara Tommy Thomas menggugurkan tuduhan 12 individu yang didakwa bersubahat dengan kumpulan pengganas LTTE.

“Tahukah anda apa yang berlaku antara tarikh penahanan 12 tertuduh LTTE pada 10 Oktober 2019, tarikh pendakwaan 12 tertuduh LTTE pada 29 Oktober 2019 dan tarikh pembatalan arahan pengguguran kes ke atas 12 tertuduh LTTE oleh Peguam Negara pada 21 Februari 2020?

“Faktanya ialah, pada 12 Februari 2020, Perdana Menteri (waktu itu), Tun Dr Mahathir Mohamad, telah menulis sepucuk surat rasmi kepada Menteri Dalam Negeri (waktu itu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berbunyi: “Saya berpendapat tidak ada sebab kita teruskan label LTTE sebagai terrorist… Saya fikir eloklah jika dikeluarkan LTTE dari senarai terrorist.”,” itu antara pendedahan oleh Dr Kamarul di Facebook beliau hari ini.

Beliau turut berkongsi kenyataan balas Muhyiddin selaku Menteri Dalam Negeri berkaitan isu itu.

“Lihatlah pula kenyataan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 22 Februari 2020 mengenainya sebagai menjawab kenyataan media Tan Sri Tommy Thomas pada 21 Februari 2020 (dan secara tersiratnya surat rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12 Februari 2020) yang berbunyi:

“(1) “Berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada pihak berkuasa, saya selaku Menteri Dalam Negeri mempunyai asas yang kukuh untuk mengekalkan penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas. Kumpulan ini dipercayai masih mempunyai ideologi yang boleh menimbulkan ancaman terhadap ketenteraman awam dan keselamatan negara.”

“(2) “Saya ingin menegaskan bahawa penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas adalah tertakluk kepada kuasa Menteri Dalam Negeri yang diperuntukkan oleh undang-undang. Peguam Negara tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah undang-undang untuk mencampuri urusan yang berada di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri.””

Pendedahan Dr Kamarul itu boleh dibaca di Facebook beliau di bawah tulisan “Tun Dr Mahathir Pejuang atau Petualang” yang sehingga kini telah dikongsi hampir 300 pengguna Facebook.

Dalam reaksinya kepada pertanyaan seorang pembaca di ruangan komen, Dr Kamarul turut mengesahkan kewujudan surat tersebut.

“Ada la, kalau tak ada takkanlah saya berani komen. Nak kena saman,” katanya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat