Dr Mahathir Mengaku Masih Sayangkan UMNO

- Advertisement -

Tanjung Malim – Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui dirinya masih sayangkan UMNO kerana lahir sebagai pemimpin negara melalui parti itu.

Menurutnya, selaku salah seorang pengasas kepada parti itu di Alor Setar (UMNO baharu selepas diharamkan), dia pernah memimpin parti keramat orang Melayu itu selama 22 tahun.

“Tapi hari ini saya tak lagi jadi presiden UMNO tapi terlibat untuk menggagalkan UMNO. Ya saya sayang UMNO tapi UMNO tidak laksana janjinya.

“Kalau sokong parti menyeleweng, kita juga menyeleweng,” katanya ketika berucap pada program Sepetang Bersama Tun Dr. Mahathir di Felda Besout 3 pada Rabu.

Menurutnya, apa yang berlaku dalam UMNO hari ini ialah politik wang dan bukannya untuk memajukan negara dan rakyat.

Beliau berkata, mereka yang masuk politik hari ini hanya mahukan gaji besar dan menjadi Perdana Menteri.

“Kita jangan ikat diri dengan parti sebab apabila parti buat salah pun kita ikut, itu yang merosakkan negara.

“Dulu saya presiden UMNO tapi bila parti buat salah saya tak sokong,” katanya.

Mengenai parti baharu yang ditubuhkan, Pejuang, Mahathir berkata, parti baru itu mahu menghapuskan politik wang.

“Bila ada politik wang, orang masuk politik kerana duit, orang kaya boleh beli calon-calon dan jadi kerajaan, jadi menteri dan sebagainya.

“Sebab itu penyangak pun boleh jadi Perdana Menteri,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat