Ustaz Ebit Lew Kini Di Gaza, Pasukan Pertama Dalam Dunia Dibenarkan Masuk Melalui Pintu Rafah

- Advertisement -

PALESTIN: Pendakwah dan aktivis terkenal, Ustaz Ebit Lew kini berada di Gaza Palestin dalam misi bantuan kemanusiaan dan membangunkan semula semula bandar Gaza, Palestin.

Menurutnya, beliau dan pasukannya adalah pasukan pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru-baru ini.

“Syukur pada Allah Team kami berada di Gaza Palestin. Kami masuk dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan.

“Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru ini. Mesir sendiri telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza. Ada lebih 30 Ngo seluruh dunia sedang memohon. Sebahagian ada di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan Allah supaya lebih ramai dapat dibantu.” katanya di melalui Facebook.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien dan DYMM Tengku Mahkota Johor yang banyak membantu dan menyumbang bagi menjayakan misi kemanusiaan di Gaza ini.

“Terima kasih teramat sangat pada Dato Seri Hishammuddin Hussein yang dari mula membantu team kami. Setiap hari kami bermesej. Dato Seri telefon kementerian luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya secara terus. Katanya, ‘ustaz jaga team kita ye. Walau terlambat seminit ,betapa ramai yang memerlukan di Palestin menderita’. Terima kasih wisma Putra Dato Ida Murni,dan kedutaan besar Malaysia Mesir En Shahabudin dan team yang sangat banyak membantu macam keluarga dah.

“Terima kasih DYAM HRH Crown Prince of Johor TMJ yang sangat banyak membantu dan turut menyumbang bersama. Terima kasih selalu bertanya khabar. Terima kasih juga kepada YAB PM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghubungi Presiden Mesir dengan menyebut tentang misi kami.” ujarnya.

Disamping itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Palestin Palestine Red Crescent society الهلال الاحمر الفلسطيني, Malaysian Red Crescent dan Kerajaan Mesir yang membantu segala urusan dan menjaga keselamatan kami sepanjang perjalanan.

“Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri. Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin. Kini dapat jejak kaki ke sini. Saya minta maaf tidak mengenaskini aktivitinya di Gaza sebelum ini atas faktor keselamatan. Terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent. Ramai berebut untuk menyambut. Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin. Sepanjang masuk border Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat.” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,574FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat