Selangor ambil kesempatan jual vaksin RM350- dakwa Chegu Bard

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor didakwa mengambil kesempatan atas atas kesulitan rakyatnya dengan bertindak menjual vaksin jauh lebih mahal iaitu RM350.

Dakwaan ini dilaporkan oleh bekas pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard dalm hantaran di Facebooknya malam tadi.

Katanya pembangkang (PH DAP) dan sekutu menuduh kerajaan membeli vaksin Covid-19 mahal dari negara lain walaupun jelas yang menuduh itu sendiri tidak faham malah menyelit fitnah dalam tuduhan mereka.

“Kena ingat kerajaan pusat beri percuma kepada rakyat,” ujar beliau.

Sebaliknya, Chegu Bard berkata, ini berbeza dari Kerajaan Selangor yang selepas dibenarkan membeli vaksin sendiri mereka nampaknya membuat untung berganda.

“Sudahlah dikesan ada usaha mengambil deposit dahulu sebelum pemberian vaksin malah vaksin mereka jual pada rakyat jauh mahal iaitu RM350.

“Malah menurut beberapa sumber ada yang membeli RM180 hanya untuk dos pertama.

“Ada pertuduhan ada pemimpin Selangor sengaja menggalakkan pembukaan bazar Ramadan dan menggalakkan ziarah raya selepas itu lakukan “swab test” besar besaran. Bila kes meningkat mereka mula menjual vaksin dan membuat untung berganda,” dakwa beliau.

Tambah Chegu Bard, kos kerajaan pusat membeli vaksin yang sama hanya 1/3 dari yang rakyat Selangor bayar kepada kerajaan Selangor.

Katanya, Kerajaan Selangor memohon kebenaran kerajaan pusat kebenaran membeli vaksin untuk penvaksinan industri di mana Selgate Corporation akan menguruskan pembelian vaksin berdasarkan permintaan industri dan memberikan kepada pihak industri untuk memvaksinkan pekerja mereka.

“Namun, nampaknya ia dijual secara terbuka … buat duit sungguh gamaknya mereka.

“Apabila kerajaan membuat MySejahtera, Kerajaan Selangor buat aplikasi Selangkah, siapa kroni PH yang buat Selangkah yang kalau dilihat dari segi “mark up” tiga kali ganda harga vaksin tentu harga aplikasi Selangkah juga buat untung berganda.. siapa buat dan apa proses pemilihan syarikat ?

“Syarikat siapa dapat bekal vaksin kepada Kerajaan Selangor untuk dijual berganda harga kepada rakyat ? Bagaimana pemilihan syarikat dan siapa yang untung? Soal Chegu Bard.

Pada 9 Jun lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM200 juta bagi memperoleh vaksin dalam usaha mencapai imuniti kelompok menerusi Pakej Kita Selangor 2.0.

“… maka RM200 juta ke mana dan rakyat kena beli vaksin harga mahal berganda pula.

“Ini baru nama mengambil kesempatan atas kesulitan,” kata beliau

Untuk rekod harian vaksin percuma melalui program vaksinisasi kebangsaan kini menghampiri angka 250,000 lebih sehari.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat