Tiada Kes Kematian Dalam Kalangan Penerima Vaksin Di Arab Saudi

- Advertisement -

RIYADH: Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengesahkan tiada kes kematian dalam kalangan penerima vaksin di negara itu.

Pengesahan itu dibuat jurucakap kementerian, Dr Muhammad Al-Abdulaaly, ketika mengumumkan dos kedua vaksin COVID-19 kini tersedia untuk individu berusia lebih 50 tahun.

Beliau mengulas khabar angin berkaitan vaksin coronavirus dan meminta semua pihak berwaspada serta merujuk isu berkaitan dengan sumber rasmi.

Dr Al-Abdulaaly berkata negara itu menyaksikan turun naik kes harian apabila kes baharu merekodkan antara 1,000 dan 1,200 kes sehari berikutan permintaan tinggi untuk melakukan saringan.

Memetik laporan Saudi Gazette, beliau turut mengesahkan bahawa tiada konflik antara vaksin selesema bermusim dan COVID-19 bagi mereka yang bakal mengerjakan haji tahun ini.

Katanya, vaksin memberi perlindungan terhadap COVID-19 dan mencegah kematian yang berkaitan dengan virus dengan kadar kejayaan 100 peratus.

“Vaksin coronavirus selamat, berkesan dan diperlukan untuk perlindungan.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesahkan Arab Saudi antara negara yang memiliki sistem kesihatan terbaik dunia dengan pendekatan antara paling maju dalam menangani pandemik COVID-19,” katanya.

Setakat ini Arab Saudi sudah memberikan lebih 17.2 juta dos vaksin menerusi 587 pusat pemberian vaksin meliputi 70 peratus daripada jumlah penduduk dewasa di negara itu.

Negara itu kini dalam fasa memberi vaksin COVID-19 jenis Pfizer kepada golongan lebih muda berusia antara 12 hingga 18 tahun.

Vaksin Pfizer-BioNTech diluluskan penggunaannya dalam kalangan individu berusia 18 tahun dan ke atas sejak Disember 2020.

Pihak Berkuasa Makanan dan Ubat-Ubatan (SFDA) ketika ini sedang meminda kebenaran untuk memasukkan kanak-kanak berusia 12 hingga 18 tahun dalam program vaksinasi negara itu.

Mereka yang berhasrat mendapatkan vaksin berkenaan boleh mendaftar janji temu menerusi aplikasi Sehaty dan Tawakkalna.

– BERITA HARIAN / AGENSI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat