Laporan Akhir Hasil Siasatan RCI Tabung Haji Dijangka Selesai Julai Ini – Wan Junaidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Laporan akhir hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji dijangka selesai Julai ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata RCI bagi siasatan isu Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 sudah mengadakan mesyuarat sebanyak tiga kali sejak penubuhannya pada 21 Januari lalu.

“Sehingga 26 April lalu, Suruhanjaya Siasatan Diraja ini juga sudah mengenal pasti dan memanggil pelbagai agensi yang boleh membantu siasatan bagi mendapat gambaran dan situasi berkaitan kedudukan organisasi, pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji bermula 2014 hingga 2020.

“Selain itu, seramai 43 saksi dipanggil untuk merakam keterangan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Kerajaan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menubuhkan RCI susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Julai 2021 dan 8 Oktober 2021.

Ia ditubuhkan bagi melaksanakan siasatan dan menyediakan laporan untuk dipersembah kepada Seri Paduka dalam tempoh enam bulan selepas penubuhannya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,598FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat