Kabinet tubuh RCI Tabung Haji – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan Kabinet untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119] bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji (LTH).

Kabinet hari ini bersetuju supaya RCI Tabung Haji dijalankan hasil pengauditan perunding-perunding seperti PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger dari tahun 2014 hingga 2020.

RCI Tabung Haji merupakan antara permintaan UMNO sejak 2009 lagi. Pada Jumaat lalu,  sebaik memasuki pejabat Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri telah bertemu dengan Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajidi Dusuki yang mengemukakan beberapa cadangan, antaranya termasuklah RCI Tabung Haji.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Ismail Sabri memaklumkan antara terma RCI yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri adalah seperti berikut:

(i) Skop RCI tertumpu kepada hasil penemuan perundingperunding ke atas isu-isu berbangkit LTH dari tahun 2014 hingga tahun 2020 tetapi tidak termasuk Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH yang sedang dilaksanakan pada masa ini;

(ii) Menentukan sama ada terdapat tindakan menyembunyikan (cover up) maklumat berkaitan isu-isu yang dibangkitkan dan perbuatan memberi kenyataan yang mengelirukan mengenainya;

(iii) Mengesyorkan tindakan yang sesuai diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung jika mereka didapati melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa tanpa menjejaskan apa-apa siasatan dan tindakan perundangan yang sedang dilaksanakan oleh pihak-pihak berkuasa berkaitan.

Kata Ismail Sabri, langkah ini adalah bertujuan untuk penambahbaikan dan tadbir urus LTH; dan seterusya (iv) Mengemukakan kepada Kerajaan laporan hasil semakan dan syor mengenai tindakan susulan, jika perlu, dalam tempoh tiga bulan.

“Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan mengenal pasti senarai keahlian RCI yang dicadangkan terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang syariah, perundangan, perbankan Islam dan pelaburan.

“Perincian berhubung penubuhan dari segi terma dan rujukan serta keanggotaan RCI akan diumumkan dalam masa terdekat,” ujar Ahli Parlimen Bera itu lagi.

Penubuhan RCI ini adalah wajar katanya, supaya siasatan lanjut dapat dibuat terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan tersebut dan perakuan sewajarnya dapat
dikemukakan kepada kerajaan bagi memulihkan imej serta keyakinan rakyat terhadap kewibawaan LTH.

” Ini juga bagi memastikan satu siasatan dalaman yang telus dan amanah dilaksanakan demi memastikan LTH telah menjalankan mandat dengan profesional dalam menguruskan wang deposit umat Islam,” jelas beliau.

Pada 2018 lalu, terdedah pemberian hibah kepada pendeposit Tabung Haji sejak 2014 bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 sehingga menyebabkan agensi itu mengalami defisit RM4.1 bilion. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat