Terima Kasih, Tuntutan UMNO Supaya Tubuh RCI TH Bakal Dilaksanakan – Asyraf

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini mengucapkan penghargaan terima kasih susulan keputusan kerajaan yang akhirnya bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat tadbir urus Tabung Haji (TH).

Dr Asyraf berkata, beliau menghubungi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menyampaikan ucapan penghargaan tersebut selepas Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang baru dilantik itu mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menubuhkan RCI TH.

Menurutnya Asyraf lagi, tuntutan penubuhan RCI mengenai TH adalah antara beberapa tuntutan penting UMNO yang menjadi pra syarat sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Baru sahaja berhubung melalui telefon dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai keputusan Kabinet Menubuhkan RCI Tabung Haji.

“Selain mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana akhirnya salah satu tuntutan UMNO yang menjadi pra-syarat sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM pada 11 Mac 2020 dipenuhi dan bakal dilaksanakan.

“Ada beberapa lagi tuntutan UMNO termasuk menyegerakan dakwaan kes Adib, RCI siasat kandungan buku bekas Peguam Negara Tommy Thomas, jualan lambak aset-aset negara zaman PH dan lain-lain,” katanya, dipetik dari kenyataannya di Facebook.

Asyraf turut memaklumkan, beliau turut memberitahu TPM agar berusaha memenuhi 10 #Tuntutan Rakyat berkaitan penambah baikan pakej bantuan sebagaimana yang disampaikan kepada TPM dan Menteri Kewangan pada Jumaat lalu.

“Isu tambah baik i-Citra, moratorium tanpa faedah terakru, LPPSA, BPR, BKC dan lain berkaitan karenah birokrasi dalam rayuan dan lain-lain mesti diutamakan di kala RAKYAT TENGAH SUSAH DAN KESEMPITAN ketika ini.

“Alhamdulillah, Datuk Tengku Zafrul juga menjawab mesej saya untuk Kerajaan segera ambil tindakan.

“Jawapan mesej beliau sebentar tadi kepada saya: “Noted on your demands, we will continue to study and revert back to you soon.”

“Moga ada sinar di hujung terowong buat rakyat!,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat