PM Sertai Majlis Buka Puasa Bersama Ketua Kampung dan Anak Yatim

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama ketua kampung dari seluruh negara di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana di sini.

Majlis yang disertai lebih 1,000 hadirin turut dihadiri Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datuk Ramlan Harun.

Antara yang hadir ialah wakil ketua kampung Parlimen Lipis, Pahang Datuk Zulkifli Othman, wakil ketua kampung Parlimen Limbang, Sarawak Pemanca Abu [email protected] Abu bin Tinggal, wakil ketua kampung negeri Melaka Zulkilfi Mohamad dan wakil Johor Abd Halim Abd Razak.

Ismail Sabri turut menyantuni 37 anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bandar Baru Bangi, Selangor yang hadir menyerikan majlis itu serta memberikan sumbangan Aidilfitri kepada mereka.

Beliau kemudian menunaikan solat maghrib berjemaah bersama tetamu yang hadir. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,601FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat