JBPM Tambah Tiga Helikopter Hantar Bekalan Makanan Ke Penempatan Orang Asli

- Advertisement -

GUA MUSANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menambah tiga lagi helikopter bagi melancarkan operasi menghantar bekalan makanan ke pos penempatan Orang Asli di daerah ini.

Juruterbang Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang, Selangor, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Azuna Mohamed Sabri berkata, dua helikopter iaitu Agusta 109 E (A109E) dari Pangkalan Wilayah Tengah dan Agusta Westland 139 (AW139) dari Pangkalan Wilayah Utara Bertam, Pulau Pinang telah selamat tiba untuk mempercepatkan operasi pada hari ketiga hari ini.

Katanya, sebuah lagi helikopter AW189 dari Pangkalan Wilayah Tengah dijangka akan sampai esok.

“Sejak operasi penghantaran bekalan makanan bermula Ahad lalu, sudah lebih 14 tan makanan asas dihantar ke perkampungan Orang Asli termasuk di Pos Gob, Pos Simpor, Pos Balar dan Pos Belatim.

“Helikopter A109E, AW139 dan AW189 digunakan untuk menghantar bantuan makanan di perkampungan Orang Asli yang kawasan mendarat sempit dan tidak sesuai dimasuki oleh pesawat jenis Mi-17-IV,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Mohd. Azuna berkata, helikopter AW139 di tugaskan untuk menghantar bantuan ke Kampung Lalok, Kampung Sau dan Pos Bihai serta A109E ke Pos Hau hari ini.

Katanya, pesawat Mi-17-IV pula akan melakukan empat penerbangan ke Pos Balar dan Pos Belatim yang membawa 391 bakul makanan.

“Operasi ini juga mendapat kerjasama daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa),” katanya.

Kosmo! Online kelmarin melaporkan Jakoa mendapat kerjasama Unit Udara JBPM untuk menghantar 21 tan makanan kepada 1, 400 Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli di enam buah pos pedalaman daerah ini yang terputus hubungan selepas laluan keluar dan masuk rosak akibat hujan. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat