‘Kazar bukan tak dijemput, tapi…’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Ketiadaan pelakon Kazar Saisi pada Malam Gala Filem Abang Long Fadil 3 terbitan Skop Productions yang berlangsung, semalam, menimbulkan persoalan.

Apatah lagi ketika ini isu anaknya dikenali sebagai Ira Kazar yang didakwa mengganggu rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suaminya juga pengarah Syamsul Yusof masih hangat diperkatakan.

Penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, 68, berkata, pihaknya bersama rakan kerjasama untuk filem itu, Astro Shaw sudah menjemput semua pelakon yang terbabit.

“Saya cakap terus terang, saya profesional, kita jemput. Saya cakap saya profesional, begitu juga isteri saya cakap perkara sama. Astro ada buat jemputan, begitu juga pihak Skop Productions. Kita tak pernah kata kita takkan jemput, saya takkan cakap macam itu,” katanya kepada Harian Metro.

Yusof yang ditemui selepas tayangan filem Abang Long Fadil 3 berkata, apa yang berlaku adalah membabitkan hal peribadi.

 

 

Datuk Yusof Haslam
Datuk Yusof Haslam

 

“Saya kalau jumpa Kazar tak ada bermasam muka. Bagi saya itu hal anak dia. Datuk Rosyam ada cakap saya kena jumpa dia, saya tanya kenapa nak kena jumpa. Tak ada pasal, itu hal peribadi,” katanya.

Sementara itu, Kazar, 63, atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi berkata, filem itu lebih penting daripada dirinya.

“Saya tak hadir agar media boleh tumpukan pada filem Abang Long Fadil 3. Filem itu lebih penting daripada saya,” katanya.

Ditanya sama ada dia mendapat jemputan bagi menghadiri acara itu, Kazar berkata dia dijemput oleh pihak Astro Shaw.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan Ira Kazar akan ditahan Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Menurut sumber Harian Metro, tindakan itu dibuat selepas Ira dipanggil bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita itu pada 18 Ogos lalu.

Ira Kazar disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Seksyen berkenaan berkaitan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.

Ia membabitkan mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan.

Jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Harian Metro

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat