Bahrain Tolak Cadang Amerika Untuk Normal Hubungan Dengan Israel

- Advertisement -

MANAMA: Dalam perbincangan dengan Setiausaha Negara AS Mike Pompeo, Raja Hamad Bin Isa Al-Khalifa berkata, Bahrain komited untuk mewujudkan sebuah negara Palestin.

Raja Bahrain juga memberitahu Setiausaha Negara AS itu, yang berkunjung ke negara Teluk tersebut, komitmen negaranya untuk mewujudkan negara Palestin, menurut media negara berkenaan, adalah satu bentuk penolakan secara halus terhadap desakan Washington agar negara-negara Arab segera menormalkan hubungan dengan Israel.

Pompeo – diplomat AS tertinggi atas kedudukannya sebagai Setiausaha Negara, berada di Manama pada hari Rabu sebagai sebahagian daripada lawatan ke Timur Tengah yang bertujuan untuk menjalin lebih banyak hubungan antara Israel dan dunia Arab berikutan kejayaan perjanjian diusahakan AS dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal bulan ini.

Perjanjian itu – yang menjadikan UAE sebagai negara Arab ketiga yang bersetuju untuk menjalin hubungan dengan Israel setelah Mesir dan Jordan – dibantah oleh Palestin.

Sebelum Bahrain, Pompeo berada di Sudan di mana Perdana Menteri Abdalla Hamdok pada hari Selasa mengatakan kerajaan peralihannya “tidak mempunyai mandat” untuk mengambil langkah menjalin hubungan dengan Israel.

Dan pada hari Rabu, Bahrain melanjutkan sentimen sekutunya dan Arab Saudi yang setuju dengan kenyataan Israel tidak akan terwujud tanpa penubuhan negara Palestin yang merdeka. .

Menurut Agensi Berita Rasmi Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al Khalifa memberitahu Pompeo, negaranya tetap komited terhadap Inisiatif Damai Arab – yang menuntut penarikan Israel sepenuhnya dari wilayah Palestin yang diduduki selepas 1967, sebagai pertukaran untuk perdamaian dan normalisasi hubungan sepenuhnya – Al Jazeera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat