Tengku Razaleigh mohon pindah tempat duduk di blok bebas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Gua Musang,Tengku Razaleigh Hamzah memohon perpindahan tempat duduk ke blok bebas.

Semalam beliau mengutus surat permohonan kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun untuk dipindahkan ke blok bebas kerana tidak lagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya tidak ingin terud berada di kerusi yang telah disediakan untuk saya di Dewan Rakyat bersama anggota Parlimen dalam kumpulan seolah-olah menjadi penyokong kerajaan yang ada.

“Saya mohon mendapat persetujuan dan kerjasama Speaker memindahkan tempat duduk saya ke satu kerusi berhampiran kumpulan (blok) bebas yang tidak menyokong kerajaan sekarang ini,” tulis Tengku Razaleigh dalam suratnya.

Menurutnya sejak awal lagi beliau tidak permah menyokong atau bersama-sama dengan kerajaan yang ditubuh denganan nama PN ini.

“Saya belum mengetahui sama ada anggota Dewan Rakyat yang lain daripada parti saya telah berurusan dengan Tuan Speaker mengenai tempat duduk mereka di Dewan Rakyat.

“Walau apapun yang dilakukan oleh mereka ini saya dengan suka hati mohon berpindah ke tempat lain yang sewajarnya, bersesuaian dengan semangat perjuangan UMNO/BN terutama sekali pengundi saya, ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia supaya sedikit pun tidak boleh dianggap sebagai penyokong kerajaan gagal ini,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat