‘Nana tunggu jam 5.30 petang ini’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana memberi tempoh sehingga jam 5.30 petang ini untuk lima individu yang didakwa memfitnahnya menerusi sesi siaran langsung Instagram (IG), baru-baru ini, untuk memohon maaf seperti notis yang dihantar kepada mereka melalui peguam, semalam.

Peguam dilantik Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin, berkata notis tuntutan permohonan maaf secara terbuka sudah dihantar kepada lima individu terbabit melalui e-mel dan serahan tangan, semalam.

“Kita sudah menghantar notis tuntutan permohonan maaf kepada lima individu terbabit melalui dua saluran.

“Namun, dalam kalangan lima individu terbabit, ada seorang yang menerima notis melalui e-mel sahaja kerana kita tidak dapat jejaki alamat kediamannya.

“Dalam menguruskan penghantaran notis ini, janji temu atas talian dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil masa antara dua hingga tiga hari bekerja untuk mencari alamat individu terbabit.

“Namun, serahan notis tuntutan ini tidak memerlukan alamat penuh individu berkenaan, sebaliknya, boleh dihantar melalui e-mel atau aplikasi WhatsApp.

 

Surat tuntutan permohonan maaf kepada lima individu terbabit sudah diserahkan peguam Siti Nordiana, semalam. Foto IG Siti Nordiana
Surat tuntutan permohonan maaf kepada lima individu terbabit sudah diserahkan peguam Siti Nordiana, semalam. Foto IG Siti Nordiana

 

“Tetapi andai diteruskan tindakan saman, surat perlu diserahkan ke alamat individu terbabit,” katanya kepada BH Online.

Pada sidang media Jumaat lalu, Siti Nordiana memaklumkan membuat laporan polis terhadap lima individu yang didakwa memfitnahnya menerusi sesi siaran langsung IG, baru-baru ini.

Siti Nordiana, 36, atau mesra disapa Nana membuat laporan polis itu bersama Abang Azlan dari Abang Azlan & Associates di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini, pada jam 9.42 pagi, Jumaat lalu.

Lima individu terbabit adalah seorang vokalis lelaki dan isterinya; penyanyi wanita; jurusolek serta pegawai perhubungan awam sebuah syarikat rakaman.

Siti Nordiana berkata, antara perkara dinyatakan dalam laporan polis itu adalah penafian terhadap segala dakwaan yang dibuat semua individu terbabit.

Abang Azlan berkata, lima individu terbabit diberi masa 24 jam daripada tarikh penerimaan notis tuntutan untuk tampil membuat permohonan maaf kepada Siti Nordiana.

“Bagaimanapun, kita lanjutkan tempoh itu sehingga jam 5.30 petang ini,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat