KPT Tambah Pusat Pemberian Vaksin Institut Pengajian Tinggi (PPV IPT)

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meneruskan inisiatif program rintis Pusat Pemberian Vaksin Bergerak atau Mobile Vaccination Programm (MVP) di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam satu kenyataannya berkata, program ini mensasarkan pesakit yang terlantar di rumah atau warga emas serta OKU yang tiada kemampuan fizikal dan mental untuk hadir ke PPV.

Selain itu beliau berkata, inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan pemberian vaksin kepada masyarakat luar bandar.

“Susulan daripada kejayaan program rintis Pusat Pemberian Vaksin Bergerak atau Mobile Vaccination Programm (MVP) di Parit Sulong, Johor Jun lalu, inisiatif ini kini diteruskan ke Seri Menanti, Negeri Sembilan.

“Program kerjasama antara Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) ini bertujuan untuk menyediakan akses yang lebih luas kepada masyarakat luar bandar untuk mendapatkan vaksin,”katanya.

Usaha yang digerakkan oleh HCTM ini jelasnya, merupakan antara beberapa pendekatan baharu dalam pemberian vaksin yang diperkenalkan KPT menerusi Pusat Pemberian Vaksin Institut Pengajian Tinggi (PPV IPT).

Noraini berkata, pihaknya yakin inisiatif ini mampu melandaikan jangkitan Covid-19 di negara ini.

“KPT mengucapkan terima kasih kepada CITF atas peluang kerjasama yang diberikan kepada pihak IPT untuk bersama-sama menangani wabak COVID-19 di negara ini,”katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat