Kerajaan nafi sebar minit pengampunan Najib, Peguam Negara buka rahsia – Rafique persoal percanggahan

KUALA LUMPUR- Kerajaan perlu menjelaskan percanggahan pendiriannya berhubung pendedahan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan apabila Perdana Menteri menafikan penglibatan kerajaan dalam penyebaran dokumen itu, sedangkan Peguam Negara dikatakan telah menyahklasifikasikannya untuk kegunaan mahkamah.

Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid mempersoalkan, bagaimana kerajaan boleh menafikan penglibatan sedangkan Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang kerajaan dan bertindak bagi pihaknya.

“Kalau Peguam Negara yang buka rahsia, bukankah itu bermakna kerajaan juga yang membukanya?” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Beliau turut mempersoalkan mengapa keseluruhan minit mesyuarat dinyahklasifikasikan sedangkan cabaran di mahkamah, menurutnya, hanya melibatkan keputusan Lembaga Pengampunan.

Lebih menghairankan, dokumen yang dikatakan dibuka untuk kegunaan mahkamah itu didakwa sudah tersebar di media sosial sebelum dikemukakan kepada hakim, sehingga kerajaan kini mengarahkan Menteri Dalam Negeri menyiasat pihak yang bertanggungjawab.

“Nampaknya tangan kanan kerajaan tidak tahu apa yang tangan kiri kerajaan buat. Atau memang sengaja dibuat-buat tidak tahu?” soalnya.

Beliau yang juga pengamal undang-undang menegaskan persoalan itu bukan bertujuan mempertahankan penyelewengan atau kecurian wang rakyat, sebaliknya mempersoalkan ketelusan pengendalian dokumen yang dikategorikan sebagai rahsia rasmi.

“Saya tidak sokong sakau atau curi wang rakyat, cuma bertanya adakah rahsia betul-betul rahsia?” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat