Kalau darurat dah batal, tak guna dengar penerangan kerajaan 5 hari- Noh Omar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekiranya benar Ordinan Darurat telah pun dibatalkan maka Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi mendengar penerangan kerajaan yang berlangsung selama lima hari ni tidak wajar diadakan.

Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang juga Ahli Parlimen (BN-Tanjung Karang), Tan Sri Noh Omar juga mempertikai peranan dan fungsi jawatankuasa itu jika Jemaah Kabinet mempunyai kuasa untuk menamatkan Proklamasi Darurat termasuk membatalkan semua ordinan berkaitan tanpa merujuk kepada jawatankuasa berkenaan.

Beliau berkata, jawatankuasa itu dilantik untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai keperluan pelaksanaan dan tempoh penamatan darurat.

“Saya merupakan ahli jawatankuasa terlibat yang dilantik untuk menasihati Agong berkenaan penamatan darurat, jika keputusan dibuat Kabinet, tidak guna kami dilantik. Sedangkan keputusan nasihat untuk sambung atau tidak adalah tugas kami,” katanya dalam sidang khas Dewan Rakyat pada Selasa.

Kata Noh, sekiranya keputusan penamatan darurat telah dibuat, sidang Dewan Rakyat yang bermula sejak semalam tidak perlu diadakan.

“Kalau betul darurat telah di ‘revoke’ (dibatalkan), tiada guna kita Ahli-ahli Parlimen berada di sini untuk berbincang,” katanya.

Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, kemudian memaklumkan bahawa perincian berhubung ordinan darurat akan diperjelas oleh menteri undang-undang secara terperinci pada Isnin depan termasuk persoalan membabitkan isu berbangkit.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan bahawa kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang tamat pada 1 Ogos ini.

Katanya, kerajaan juga memutuskan berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat terbatal.

“Kerajaan sudah menarik balik semua ordinan darurat berkenaan pada 21 Julai lalu. Pembatalan ini menjadikan isu Proklamasi dan Ordinan Darurat tidak lagi berbangkit,” katanya pada Isnin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat