Kes positif Covid-19 mencanak, KKM mohon RM1.14 bilion peruntukan tambahan – Dr Adham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) telah memohon bajet tambahan sebanyak RM1.14 bilion bagi menampung keperluan semasa membendung penularan jangkitan Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, permohonan dibuat daripada Kementerian Kewangan pada 7 Julai 2021 bagi tujuan tersebut.

“Berdasarkan perkembangan semasa, terdapat keperluan untuk peruntukan tambahan. Dalam hal ini, KKM telah memohon bajet tambahan sebanyak RM1.14 bilion daripada Kementerian Kewangan pada 7 Julai 2021.

“Ia untuk ‘reagen’, ‘consumables’, peralatan pelindungan diri (PPE), penyumberluaran pesakit ke hospital swasta, outsourcing ujian makmal dan sebagainya,”katanya pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 pada Selasa.

Beliau juga berkata, pada tahun ini, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta lagi kepada KKM bagi tujuan penyumberluaran (outsourcing) perkhidmatan kesihatan ke hospital swasta dengan memberikan keutamaan kepada kes-kes di Lembah Klang.

“Penyumberluaran bagi kes selain daripada Covid-19 ini bertujuan untuk meningkatkan kapasiti hospital awam bagi merawat kes-kes Covid-19,”katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan sehingga kini terdapat 221 buah hospital di seluruh negara yang dikhususkan bagi rawatan pesakit Covid-19.

Ujar beliau ia melibatkan 104 daripada 146 hospital KKM enam hospital universiti, 112 hospital swasta dan sebuah hospital Angkatan Tentera.

Kata Dr Adham, sebanyak 11 hospital KKM adalah berstatus full Covid-19, dan selebihnya berstatus hibrid yang turut merawat pesakit bukan Covid-19.

“Sehingga kini, jumlah katil bukan unit rawatan rapi (ICU) bagi kesemua 221 buah hospital di seluruh negara adalah 15,090 katil (awam) dan 1,288 (swasta). Manakala bagi ICU adalah sebanyak 1,405 (awam) dan 128 (swasta).

“Bagi meningkatkan kapasiti katil merawat Covid-19 di hospital awam seperti yang dinyatakan, pengubahsuaian ruangan tertentu (repurpose area) di dalam dan di luar bangunan hospital untuk dijadikan wad dan ICU sementara telah dilaksanakan termasuk pembinaan Hospital Medan, ICU Medan, Modular ICU dan penggunaan ICU di hospital swasta,”katanya .

Tambah beliau, setakat ini, tiga Modular ICU telah disediakan dan beroperasi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Hospital Kepala Batas dan Hospital Melaka.

Jelasnya, bagi menampung peningkatan kes Covid-19 khususnya kategori 4 dan 5, KKM telah menambah lima lagi Modular ICU di beberapa hospital yang mempunyai kes yang tinggi iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah (Tambahan), Hospital Selayang, Hospital Tuanku Jaafar, Hospital Tawau dan Hospital Sibu.

“Selain daripada penyediaan fasiliti, peralatan-peralatan perubatan seperti katil pesakit, katil ICU, ventilator (2,468 unit ventilator dengan kadar penggunaan 60 peratus) ‘patient monitor’ dan sebagainya turut dipertingkatkan bagi memperkukuhkan keupayaan dan sebagai kesiapsiagaan dalam menangani pandemik Covid-19,”katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat