Cara menteri jawab, saya yakin 100 peratus pembatalan darurat belum dapat perkenan Agong – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin 100 peratus bahawa pembatalan Ordinan Darurat yang diumumkan oleh kerajaan semalam masih belum mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson itu berkata demikian bersandarkan kepada cara  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjawab isu yang dibangkitkan majoriti ahli Parlimen hari ini.

Beliau juga menyifatkan Takiyuddin cuba mengelak untuk menjawab desakan tersebut dengan berselindung disebalik Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

“Kalau tengok cara menteri jawab, saya pasti 100 peratus belum ada perkenan Agong (untuk pembatalan ordinan darurat), dan kalau itu tidak (berlaku), apa maknanya?”katanya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 pada Selasa.

Anwar menambah, Azhar tidak sepatutnya terlibat dalam isu yang mengelirukan itu dan sepatutnya membenarkan Takiyuddin memberi penjelasan serta merta.

“Sebab itu yang kita minta daripada speaker hanya satu, saya nak speker putuskan agar benarkan menteri menjawab hari ini. Kalau itu pun speaker tak sanggup, saya dukacitalah. Ada masalah besarlah kita dengan speaker, kalau begitu,” katanya.

Isu perkenaan Yang di-Pertuan Agong berhubung pembatalan Proklamasi Darurat hangat di Dewan Rakyat pada Selasa apabila seorang demi seorang ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) serta Warisan bersuara mendesak agar Takiyuddin memberikan penjelasan sama ada pembatalan berkenaan sudah diperkenankan pihak istana atau tidak.

Antara yang bangun lebih awal ialah Gobind Singh Deo (PH-Puchong) RSN Rayer (PH-Jelutong), Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) dan Datuk Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat