NGO Dakwa Rayhan Dianiaya, Desak Kerajaan Hentikan Semua Tindakan

- Advertisement -

Cyberjaya – Lagi Badan Bukan Kerajaan (NGO) tampil membela lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang disifatkan teraniaya dengan kerajaan di negara ini.

Lawyers for Liberty (LFL), sebuah kumpulan yang memperjuangkan hak asasi manusia mengkritik penahanan lelaki yang ditemubual saluran berita Al Jazeera dalam dokumentari kontroversi itu.

LFL menyifatkan keputusan mengusir dan menyenaraihitamkan Rayhan sebagai “drastik”, dan tidak wajar kerana imigresen belum menjelaskan kesalahannya.

LFL juga menuduh tindakan pihakberkuasa itu sebagai satu bentuk.

“Kami meneliti kenyataan dibuat Rayhan dalam dokumentari itu dan kami menegaskan dia tidak mengatakan apa-apa yang melanggar undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.

LFL juga berkata Rayhan hanya menyuarakan kekecewaan dan keprihatinan terhadap tindakan keras terhadap pendatang.

Terdahulu, Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkata Rayhan, 25, yang dikehendaki pihak berkuasa sejak 7 Julai, ditahan dalam siasatan bawah Akta Imigresen.

Dua minggu lepas, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador juga mengesahkan kepada FMT, imigresen membatalkan permit kerja Rayhan.

LFL berkata tindakan itu bercanggah dengan Seksyen 9(1)(c) Akta Imigresen, yang bermaksud alasan pengusirannya kerana tidak memiliki dokumen tidak berasas.

LFL juga mendesak pihak berkuasa menghentikan semua tindakan terhadap Rayhan.

“Penganiayaan Rayhan menghantar mesej kepada pendatang asing supaya tidak mendedahkan atau melaporkan sebarang salah laku pihak berkuasa, agar mereka tidak menerima nasib yang sama.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat