UEC: Kenapa Kerajaan Terus Layan Kumpulan ‘Komunis’?

Ketua Menteri Sabah Daripada BN?

KOTA KINABALU- Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meninggalkan meja rundingan sebelum selesai perbincangan siapa Ketua Menteri Sabah. Hajiji berkata, perbincangan telah selesai dan...

GRS Kuasai Sembilan Dari 13 Kerusi Baru DUN Sabah

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menguasai sebahagian besar daripada 13 kerusi...

#PRNSabah : Semua 41 ADUN GRS Akan Mengadap TYT Hari Ini

Kota Kinabalu - Semua ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedang mengadakan perbincangan bagi menentukan calon Ketua Menteri yang...

Kempen Warisan Tolak ‘Katak’ Makan Diri Sendiri – Najib

KUALA LUMPUR- Kempen tolak ‘katak’, lindungi Sabah telah memakan diri, sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Bekas Presiden Barisan Nasional (BN) itu merujuk...

#PRNSabah : Hajiji Diangkat Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU- Teka-teki calon Ketua Menteri Sabah kini terungkai apabila Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepakat menamakan Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor. Hajiji dijangka akan...

 

Oleh: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

SEBELUM ini, saya telah banyak menulis pasal UEC. Terbaharu, termasuk yang bertajuk mengiktiraf UEC sama seperti mengiktiraf komunis. Begitu juga desakan dan tulisan orang (NGO) lain.

Peliknya, kenapa kerajaan terus melayan tuntutan UEC sedangkan ia langsung tidak layak berbuat demikian.

Setiap kali kepimpinan kerajaan bertukar, persatuan pendidikan ultra kiasu komunis ini tidak pernah culas untuk berjumpa dengan PM bagi memastikan tuntutan mereka tercapai.

Agenda utama mereka adalah desak kerajaan mengiktiraf Sijil Pendidikan Bersepadu atau UEC, Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC). Mereka akan guna apa jua cara. Tidak pernah putus.

Kita menjadi hairan, kenapa kerajaan perlu mendengar dan melayan mereka terus menerus. Apakah manfaat yang akan diperolehi? Kecualilah jika PH masih memerintah. Nak kata dapat tambah undi tidak juga. Mereka tetap mengundi parti ultra kiasu.

Dalam kata lain, tidak dilayan pun mereka menang, dilayan lagi menang. Jika iktiraf, itulah kejayaan paling besar.

Saya ulang dan ulang sekali lagi, kenapa UEC tidak boleh diiktiraf?

Pertama, sejak dahulu lagi, kerajaan sudah memberi pilihan kepada pertubuhan komunis ini, sama ada kekal berada dalam Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) atau berpisah.

Tetapi kumpulan komunis ini memilih untuk berpisah. Tidak mahu menyertai SMJKC yang diberi bantuan oleh kerajaan. Kenapa kerajaan tidak mahu memahami? Nasib baik PH telah jatuh, jika tidak, pasti sudah diiktiraf.

Untuk makluman, SMPC tidak pernah mahu berada dalam sistem dan dasar pendidikan kebangsaan. SPMC, yang mengeluarkan sijil UEC pernah menolak tawaran kerajaan untuk menyertai sistem pendidikan negara pada 1962. Mereka tetap berdegil dan keras kepala, mahu menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di peringkat menengah, yang tidak pernah wujud di dunia lain.

Kita hormati keputusan mereka menolak masuk ke dalam sistem pendidikan negara kerana itu adalah hak dia mungkin dalam demokrasi. Dia memilih untuk beroperasi sebagai sekolah swasta secina-cinanya. Tetapi kenapa sekarang, kumpulan komunis ini mahu menuntut kerajaan mengiktiraf sijil UEC dalam keadaan terpisah dengan sistem pendidikan negara.

Tidak cukup dengan itu, mereka begitu berani meletakkan syarat, seperti mahukan kemasukan peringkat Universiti Awam, seterusnya diterima dalam perkhidmatan awam.

Sebegitu banyak Universiti Swasta ultra kiasu, seperti Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Wawasan, kenapa Universiti Awam juga yang menjadi tuntutan mereka. Apa tujuan di sebalik untuk masuk ke Universiti Awam dan Perkhidmatan Awam.

Jika kerajaan menerima, kerajaan langsung tidak berlaku adil terhadap lepasan SPM dan STPM yang berada dalam sistem pendidikan negara sejak dari awal. Berbanding UEC yang hanya mahu menyertai terus di peringkat pengajian tinggi sahaja. Dalam kata lain, daripada kecil, mereka menjadi secina-cinanya, tiba-tiba bila sudah besar, mahu ambil kesempatan? Licik sungguh. Malangnya, kita terus buta.

Ketiga, SMPC ternyata bertentangan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sukatan pelajaran ditentukan oleh mereka sendiri. Begitu juga dengan Lembaga peperiksaan. Pendek kata, daripada A sampai Z, mereka yang tentukan pendidikan mereka, tanpa mahu berada dalam sistem. Usah dipedulikan alasan ultra kiasu ini, UEC diiktiraf oleh universiti seluruh dunia. Biarkan mereka pergi ke universiti yang mengiktirafnya. Kita tidak perlu terpengaruh.

Keempat, jika kerajaan menerima UEC, kerajaan langsung tidak berlaku adil kepada arus Pendidikan kebangsaan yang berada dalam arus perdana, termasuk SMJKC. Semua sekolah terpaksa patuh kepada semua arahan kerajaan termasuk sekolah agama, tiba-tiba sekolah yang terkeluar daripada arus perdana, yang bersifat komunis, mahu diberi pengiktirafan.

Kelima, lebih baik kerajaan lebih fokus untuk membela dan meningkatkan kemudahan dan prasarana sekolah-sekolah aliran kebangsaan di Sabah dan Sarawak. Mereka lebih layak untuk mendapat semua ikemudahan berbanding dengan komunis ini.

Tersangat pelik, mereka pilih untuk tidak bersama arus Pendidikan kebangsaan, mereka memilih untuk berpisah dengan sistem yang ada, mereka tidak pernah mahu patuh dengan arahan kerajaan, sistem peperiksaan mereka ditentukan oleh mereka sendiri, tiba-tiba mereka mahu kerajaan tunduk kepada desakan untuk diiktiraf. Jadi, jika kita melayan, makna kita mahu mengiktiraf. Ini suatu pengkhianatan.

Jika UEC mahu ianya diiktiraf, maka ia mesti patuh kepada semua kehendak kerajaan. Mengguna pakai sukatan pelajaran sama seperti di sekolah kebangsaan dan menengah biasa. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam pengajaran dan pembelajaran harian di sekolah kerajaan bukannya mengikut acuan sendiri.

SPMC mesti mengambil peperiksaan SPM dan STPM sepenuhnya. Bukan hanya separuh atau mata pelajaran tertentu sahaja sepertia hanya mahu lulus Bahasa Melayu dan Sejarah sahaja. Mana ada sistem cacamarba seperti ini. Dah jadi macam kartun.

Jika kerajaan meletakkan syarat lepasan UEC wajib lulus bahasa Melayu untuk kemasukan ke Universiti Awam, maka kerajaan tidak pernah berlaku adil kepada lepasan SPM dan STPM lain. Ini tidak termasuk lagi sekolah-sekolah agama yang berada dalam sistem tetapi seperti hidup segan mati tak mahu.

Nota: Penulis adalah merupakan Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan pandangan beliau tidak semestinya mewakili pendirian rasmi SuaraTV.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

#PRNSABAH: Shafie Kalah Tapi Belum Tumbang

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin akan mengangkat sumpah sekali lagi esok berikutan kegagalan mana-mana parti menjadi dominan dalam Pilihan...

Dulu Ada Cerita Gembala, Dakwa Serigala Makan Kambingnya…

DALAM keadaan biasa, manusia kena tipu sekali sahaja. Dalam keadaan biasa, manusia jatuh dalam lubang yang sama pun sekali sahaja. Hanya dalam satu cerita penglipur...

PN Perlu Segera Merencana Pemberdayaan Wanita Malaysia

Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Setelah tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada 24 Februari 2020, kita mendapati kurangnya gerakan bagi membincangkan hala tuju perkembangan wanita...